ADUN PAS sedia pantau janji projek BN PRK Kuala Besut

IMG_1528KEMAMAN : Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS sedia memantau dan memastikan Barisan Nasional tidak hanya pandai berjanji tetapi melaksanakan janji-janji yang dibuat sepanjang kempen pilihanraya kecil Dun Kuala Besut baru-baru ini.

ADUN Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, beliau bersama rakan-rakannya wakil-wakil rakyat PAS dan pakatan Rakyat memastikan Umno dan BN mengotakan setiap patah perkataan dan setiap sen yang dibelanjakan adalah untuk rakyat Dun Kuala Besut.



“kita bersedia utuk memantau janji-janji BN dan melalui Dewan Undangan Negeri, kita akan memastikan, setiap patah perkatan ‘janji BN’ dalam PRK Kual Besut dilaksanakan untuk rakyat Kuala Besut,

“setiap sen perbelanjaan yang dijanjikan…….kita akan pastikan dapat dinikmati oleh rakyat Dun Kuala Besut,”ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan bantuan hari raya kepada fakir miskin dan golongan kurang bernasib baik di Kampung Gong Limau, Chukai, dekat sini.

Menurutnya, seramai 48 orang dari kampung terbabit menerima sumbangan wang tunai RM200 bagi meringankan beban manyambut Ediul Fitri yang akan disambut umat Islam tidak berapa lama lagi.
Selain itu, pada majlis yang sama, mereka juga menerima sumbangan sekampit beras dari pihak Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai.

Beliau selaku Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu dan juga Pengurus Kempen PRK Kuala Besut berkata demikian ketika mengulas cadangan yang dikemukakan oleh Yang DIpertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRK Kuala Besut, Wan Azhar berkata, beliau akan membawa cadangan ke peringkat PAS Terengganu, meminta agar ADUN PAS memantau setiap perlaksanaan janji BN di peringkat negeri dan Ahli Parlimen PAS akan memantau, projek-projek pembangunan yang dijanjikan di peringkat persekutuan.

Ulasan