BESUT - Parti DAP Terengganu berkeyakinan tinggi tidak mustahil calon PAS yang bertanding Pilihan-- Raya Kecil (PRK) Kuala Besut bakal membuat kejutan menang pada hari mengundi, 24 Julai nanti.
Pengerusinya, Ng Chai Hing berkata populariti calon PAS, Haji Endot@Azlan Yusuf di kalangan masyarakat setempat diakui benar.
Menurutnya, tinjauan kempen DAP di Kuala Besut ini mendapati rakyat terutama pengundi tempat rata-rata mengenali Che Long yang bertanding pilihan raya ini.
"Saya lihat calon kita (Pakatan Rakyat) yang diwakili oleh PAS ini boleh buat kejutan menang pada hari mengundi. Sebab, beliau (Che Long) dikenali ramai oleh penduduk setempat walau pun di kalangan orang Umno.
"Calon PAS ini tidak ada masalah dengan rakyat, suka tolong orang, baik dan mesra dengan rakyat. Ramai orang kenali dia itu kelebihan peribadi Che Long.
"Saya dan rakan-rakan DAP telah buat kempen di Kuala Besut ini dan sambutan cukup baik kerana calon kita tidak ada masalah dengan orang ramai,"ujarnya
Beliau memulakan kempen di Kuala Besut bagi mencari serta mengenal pasti pengundi Tionghua (Cina) yang terlibat dengan pilihan raya kali ini.
Justeru, kata Chai Hing, jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih kuat bagi mempastikan calon parti bertanding menang meski pun dengan kelebihan satu undi.
Tambahnya lagi, rakyat di Kuala Besut ini perlu mengambil peluang besar ini untuk membuat perubahan bagi menjadikan kuasa politik Terengganu seimbang.

Ulasan