Che Long Larang Tutup Pagar Rumah, Ajar Anak-anak Pemurah

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/IMG_3834.jpgBESUT - Calon PAS, Haji Endut@ Azlan Yusof yang ebih dikenali sebagai Che Long sering mengingatkan keluarganya supaya memberi kemudahan kepada tetamu yang datang kerumahnya dan mengajar nak-anak menyantuni masyarakat supaya tidak bersifat kedekut

“Che Long sering berpesan kepada saya dan anak-anak jangan tutup pintu pagar rumah, kalau tidak akan menyukarkan tetamu datang.

“Tak kiralah sama ada mereka datang mahu meminta pertolongan atau bertandang ke rumah,” ujar isteri Che Long, Che Zabiyah Muhammad, 44.

Kata beliau suaminya Azlan Yusof, seorang yang gemar membantu menyelesai masalah orang lain khususnya berkaitan kewangan sejak dahulu lagi.

Che Zabiyah berkata, sepanjang Ramadan setiap tahun, Che Long menyediakan peruntukan tidak kurang RM2,000 kepada mereka yang datang ke rumah memohon keperluan harian.

Katanya, suami mendidik anak-anak menyantuni masyarakat supaya tidak bersifat kedekut dan perlu kena ingat sejarah keluarga sebelum ini bukannya kalangan keluarga senang.

“Kami sekeluarga memberi sokongan padu kepada Che Long sejak awal lagi. Biar pun tahu tugas dan tanggungjawab begitu berat, namun berusaha setakat terdaya,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Bermula jam 9.30 pagi setiap hari, Zabiyah  akan bersama muslimat turun padang berkempen membantu suaminya.

Zabiyah juga mengucapkan terima kasih kepada bekas calon PAS Kuala Besut pada pilihan raya umum lalu, Napisah Ismail yang banyak membantu kempen dengan bertemu pengundi.

Ulasan