PAS Kawasan Besut Yakin 'Che Long' Calon Pilihan Rakyat

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/wan%20azhar.jpgBESUT - PAS Kawasan Besut merakamkan ucapan tahniah kepada Haji Azlan @ Endut Bin Yusof di atas pemilihan beliau sebagai calon yang akan mewakili PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut.

Yang Dipertuanya Usraz Wan Azhar Wan Ahmad menyifatkan keputusan yang diumumkan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Presiden PAS itu adalah tepat setelah mengambil kira semua faktor termasuk persekitaran di kawasan Kuala Besutyang terkenal sebagai kawasan pelancungan di samping penduduknya yang menjalankan aktiviti pantai, petani dan peniaga.

"Sudah menjadi amalan kita, siapa pun yang diputuskan oleh pimpinan parti maka jentera akan bekerja keras untuk mempastikan setiap tindakan dan gerak kerja akan menjurus kepada kemenangan.

"PAS bukan baru ditubuhkan, tetapi sudah lali dan sebati dalam pelbagai mehnah dan tribulasi. PAS dijaga dan dikelilingi oleh pimpinan dan anggota yang memahami adab dan akhlak berjamaah (dan) PAS (dapat) bertahan sehingga ke hari ini kerana paksi perjuangan kita adalah aqidah yang disemai melalui pelbagai kegiatan parti,"ujarnya.

Sebab itu, kata beliau, ia jauh berbeza dengan UMNO yang sarat dengan kejelekan dan kebobrokan sehingga mereka sanggup melimpasi dan melampaui batasan agama dalam setiap tindakan.

Katanya, kini rasuah, ugutan, gula-gula, anugerah, wang dan sebagainya sedang di bawa dan di punggah masuk ke Kuala Besut untuk membius rakyat agar melupai keperitan hidup mereka dalam tempuh kempen PRK ini.

Oleh itu, beliau mengajak seluruh pengundi DUN Kuala Besut membuat pilihan yang bijak serta berani membuat perubahan.

"Saya mengajak rakyat di kawasan Kuala Besut untuk bertindak secara bijak dan berani. Umpan diambil namun undi tetap untuk perubahan. Formula 16-16 akan mengubah landskap politik negeri Terengganu dan kita mandatkan kepada pengundi-pengundi di Kuala Besut untuk melakukannya,

"PAS sebagai sebuah Harakatul Ummah akan melakukan pendekatan dan ijtihad siyasi dalam mencipta kemenangan berasaskan pelbagai kaedah,"jelasnya.

Beliau yakin, Insya Allah PASakan menang dengan mengenengahkan calon yang lebih mesra dengan pangilan ' Che Long' yang dikemukakan kali ini akan diterima dengan baik oleh masyarakat dan warga pengundi di kawasan Kuala Besut.

Ulasan