Peluang Kepada Rakyat Kuala Besut 'Memahat' Sejarah

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Haji%20Muhyuddin.jpgKUALA TERENGGANU - PAS menyeru rakyat dan para pengundi Kuala Besut memberi kemenangan kepada PAS pada pilihanraya kecil DUN Kuala Besut sekaligus menjadikannya sebagai satu pilihan raya bersejarah kepada negeri dan negara apabila kemenangan PAS menjadikan kedudukan kerusi DUN Terengganu berimbang 16 :16

Timbalan Pengarah I Operasi Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid [Gambar] berkata, tinjauan yang dibuat mendapati, rata-rata penduduk DUN Kuala Besut yang ditemui, mahu mencipta sejarah baru baru.

Beliau berkata penduduk Kuala Besut berupaya mencacat bukan sahaja sejarah bagi negeri Terengganu bahkan sejarah kepada negara apabila mengundi dan memenangkan PAS pada pilihnaraya keil itu dan menjadikan kedudukan kerusi DUN Terengganu sama antara PAS dan Umno, 16: 16.

"inilah masanya, peluang kepada rakyat dan pengundi DUN Kuala Besut 'memahat sejarah' dan menjadikan nama Kuala Besut akan disebut-sebut sebagai pencetus sejarah baru.

"apabila PAS menang (dan) kedudukan kerusi DUN akan menjadi berimbang 16: 16, seluruh pakar-pakar temasuk perundangan, sosial dan politik akan melihat penduduk Kuala Besut sebagai 'penulis sejarah' yang tidak akan dilupakan sepanjang zaman,"ujar Haji Muhyiddin

Dalam perkembangan yang sama Pengarahnya YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, sejarah politik dan perundangan negara akan tercatat sebagai negeri yang pertama mempunyai Dewan Undangan Negeri digantung jika PAS menang kerusi Kuala Besut.

Sebaliknya, beliau berkata, tiada apa yang 'baru' dapat dicatatkan, sekiranya pengundi Kuala Besut memberikan kemenangan kepada Umno dan Barisan nasional (BN).

"Jika rakyat mahu melihat sejarah baru yang dicipta dan mahu melihat apa yang akan berlaku dalam selepas itu, mereka perlu menyokong PAS. Jika mereka menyokong BN, tiada apa yang akan berlaku.

"Kami berharap Kuala Besut akan menyampaikan 16-16," Ujar Satiful kepada sebuah media tempatan.

Kerusi DUN Kuala Besut menjadi kosong selepas kematian wakil rakyat BN, Dr Abdul Rahman Mokhtar minggu lepas, menjadikan BN kini mempunyai 16 kerusi manakala Pakatan Rakyat (PR) mempunyai 15.

Kemenangan oleh PR di Kuala Besut akan menyebabkan Dewan Undangan Negeri digantung dan mungkin untuk membangkitkan perbahasan tentang peranan dan kuasa Sultan dalam urus tadbir negara.

Satiful berkata, PAS berupaya untuk menang kerana menurut sejarah pilihanraya, PAS telah menang empat kali  di DUN Kuala Besut.

"PAS menang pada tahun 1959, 1969, 1974 apabila PAS bersama BN, dan pada tahun 1999. Jadi, PAS telah memenangi empat kali di sana, maka kekuatan parti itu tidak boleh dinafikan, "tambah Satiful.

Ulasan