PRK Kuala Besut; Angin Perubahan 16 : 16

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/prkkb%2016.jpgKUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, Umno akan menghadapi kesukaran dalam pilihanraya kecil Dewan Undanga Negeri  Kuala Besut (PRK KB) kerana mendendangkan lagu lama, "isu pembangunan".

Beliau berkata, rakyat kini sudah cerdik dan sudah faham, sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan akan melaksanakan pembangunan.

"Umno akan tersilap langkah sekiranya mendendangkan lagu 'pembangunan' dalam pilihanraya Kecil Kuala Besut, rakyat bukannya menolak pembangunan, tetapi rakyat kini sudah cerdik dan sudah faham, sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan akan melaksanakan pembangunan,

"kecuali Umno sendiri kerana terbukti, pembangunan yang dilaksanakan oleh Umno bukan untuk rakyat tetapi hanya untuk memberikan projek-projek kepada suku sakat dan kroni,"ujanya ketika ditemui semalam, Ahad 30 Jun

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas wakil Kuala Besut Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman yang mula 'menjaja' projek pembangunan sebaik pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengisytiharkan pilihanraya kecil akan di adakan di DUN terbabit.

Haji Hanafiah yang juga Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Teregganu (JPRnT) berkata, PAS telah melantik Timbalan Pesuruhjaya I, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat menjadi Pengarah dan mengetuai Jawatankuasa Operasi PRK KB peringkat negeri Terengganu.

"PAS telah memutuskan dalam mesyuarat Dewan Harian hari ini (30 Jun) YB ADUN Paka yang juga Timbalan Pesuruhjaya i PAS Terengganu sebagai Pnarah Jawatankuaa Operasi PRK Kuala Besut,

"manakala tiga Timbalan bagi membantu beliau adalah, mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang juga Timbalan Pesuruhjaya II, haji Muhyidddin Abd Rashid,  mantan Speaker DUN Terengganu yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Dato' Haji Hussin Awang dan Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad,"jelas beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu.

Menurutnya pihak JPRnT telah turun ke DUN Kuala Besut pada Jumaat lalu bagi membuat tinjauan dan mendapati rata-rata pengundi Kuaa Besut mahu membuat satu perubahan dan mengundi PAS dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan.

Risikan PAS juga katanya, menyokong 'fenomena angin perubahan' PRK Kuala Besut yang mahu menjadikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berimbang menjadi 16:16, apabila PAS memenangi kerusi tersebut.

Ulasan