BESUT
- PAS Terengganu melahirkan rasa kebimbangannya terhadap janji-janji
Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan
Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut akan menjadi ‘jerat’ pengundi.
Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata kebimbangan PAS berasas sama ada janji-janji Umno-BN untuk rakyat itu realiti atau sekadar kempen pilihan raya.
Katanya, PAS mempunyai banyak bukti kegagalan Umno dan kerajaan BN Terengganu selama ini melaksanakan tuntutan tersebut.
“Kebimbangan kami (PAS) sama ada janji-janji untuk rakyat itu realiti atau sekadar janji manis untuk kempen pilihan raya (PRK) ini sahaja. Sebabnya, kita ada banyak bukti-bukti kegagalan Umno-BN yang memerintah selama ini dalam melaksanakan tuntutan itu.
“Akhirnya, rakyat yang menjadi mangsa ‘kebergantungan’ mereka kepada kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya ketika bercakap pada sidang media di Markaz Besar Pilihan Raya N1 Dun Kuala Besut, di Kampung Baru, Kuala Besut, dekat sini hari ini.
Menurutnya, pilihan raya Dun Kuala Besut kini menjadi pentas kepada pemimpin Umno-BN menabur janji sebagai ‘umpan’ rakyat miskin terus bersama parti tersebut.
Kata Ustaz Wan Azhar, kempen Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan rumah pangsapuri ‘percuma’ kepada 72 keluarga miskin kurang menyakinkan.
“Tawaran ini sama seperti yang diwar-warkan kepada penduduk di Kampung Ladang Kuala Terengganu, yang terlibat dengan pengambilan balik tanah oleh kerajaan. Mereka juga ‘dijanjikan’ rumah pangsa yang murah di Flat Ladang Gemilang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 tahun 2008 yang lalu.
“Hari ini penghuni di Flat Ladang Gemilang masih berstatus penyewa selamanya dengan kadar sewaan yang tinggi. Akhirnya, mereka sendiri tidak mampu untuk bayar sewa dan ada yang terpaksa berpindah ke tempat lain.
“Orang Melayu di Kampung Ladang Kuala Terengganu juga kehilangan kampung tradisi mereka yang menjadi warisan sejarah termasuk hilang mata pencarian keluarga masing-masing seperti pembuatan tembaga, songkek dan keris,” jelasnya.
Justeru, katanya PAS tidak pernah menolak sebarang bentuk pembangunan untuk rakyat tetapi bukan semata-mata kerana kepentingan politik tertentu.
“Kita (PAS) tidak menentang sebarang bentuk pembangunan yang baik dibuat oleh kerajaan. Apatah lagi, jika sesuatu kemudahan yang hendak dibangunkan itu boleh diberi percuma kepada rakyat miskin yang tidak berkemampuan.
“Bahkan, itulah yang menjadi agenda PAS dan Pakatan Rakyat jika diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negeri dan negara, Insya’Allah,” tegasnya.
Beliau turut mendakwa sepanjang kempen PRK Kuala Besut, kerajaan Umno-BN mempergunakan peluang kemiskinan rakyat bagi mengikat sokongan kepada partinya.
Menurutnya, pelbagai janji dan habuan akan diterima oleh rakyat sepanjang kempen pilihan raya seperti bantuan dana khas, dana raya, dana bakti remaja, dana nelayan dan lain-lain.
“Pelbagai janji dan habuan bakal diterima rakyat sepanjang 12 hari berkempen seperti bantuan dana khas, dana raya, dana bakti remaja, dana Nelayan dan pelbagai dana lagi untuk menghalalkan cara mengikat sokongan rakyat kepada parti BN.
“Ini suatu perkembangan yang tidak sihat diamalkan oleh parti pemerintah. Kita (PAS) harap rakyat sedia membuat perubahan baru ke arah pemerintahan Terengganu Baru dengan keputusan pilihan raya 16-16 pada 24 Julai ini.
“Saya yakin dan percaya, rakyat di Besut terutama pengundi di Dun Kuala Besut ini akan mencipta sejarah baru untuk menamatkan peminggiran Kuala Besut dari arus pembangunan yang lebih baik, terurus dan maju, Insya’Allah,” ujarnya.
Hadir sama pada sidang media tersebut Ahli Jawatankuasa Induk PRK Kuala Besut, Dr Dzulkefly Ahmad.

Ulasan