BESUT - Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu Haji Mohamad Said menyifatkan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Besut cuai dalam melaksanakan amanahnya mengakibatkan rakyat dan kerajaan mengalami kerugian jutaan ringgit.
Menurutnya, empangan di Pengkalan Nangka, Kampung Nangka dekat sini yang bernilai kira-kira RM 12 juta pecah akibat hakisan kerana tidak di pantau dan diselenggara dengan baik.
"sekiranya ia (empangan) di pantau dan di selenggara dengan secara rutin dengan baik tidak ada masalah, tetapi masalah akan timbul sekiranya tidak ada pemerhatian,
"saya anggarkan harta kerajaan itu bernilai RM 12 juta yang biasanya dibina untuk kegunaan jangka masa panjang,"ujarnya
Menurutnya, pada amalan biasa jabatan, empangan yang sebesar itu akan menempatkan sekurang-sekurangnya seorang pegawai bagi memastikan rumah pam yang menaikkan air dari sungai ke sawah padi berfungsi dengan baik.
Sepatutnya, kata beliau jurutera yang cemerlang mengadakan lawatan meninjau perjalanan dan penyelenggaran empangan yang menjadi nadi penanaman sawah kepada hampir seluruh kawasan penanaman padi di DUN Kuala Besut itu.
Haji Mohamad yang telah berkhidmat selama 32 tahun dengan Jabatan Pertanian berkata, tidak pernah berlaku sebuah empangan pengairan yang dibina pecah sekiranya tidak melibatkan malapetaka umpamanya banjir dan tanah runtuh.
"tetapi apa yang berlaku di sini, tidak ada banjir besar dan tanah runtuh semulajadi tetapi saya dimaklumkan tebing sungai 'rebih' kerana kegiatan menyedut pasir,
"yang mana, JPS sebagai sebuah jabatan yang bertanggung jawab boleh memberhentikan kegiatan itu sekiranya ia didapati akan merosakkan empangan itu,"jelas
Ekoran kerosakan empangan tersebut, kata beliau, negara mengalami kekurangan padi sebanyak 2400 metrik tan setahun dan paravpetani mengalami kerugian pendapatan tidak kurang RM 3000 setahun bagi setiap hektar.
Oleh itu, beliau menolak dakwaan parti Barisan Nasional (BN) yang menyatakan bahawa jurutera JPS terbabit Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai jurutera yang cemerlang berdasarkan kecuian yang beliau lakukan.
Selaku Timbalan Pengerusi Agro Sedar, sebuah NGO yang memperjuangkan isu-isu petani penternak dan nelayan, Haji Mohamad menggesa penduduk Dun Kuala Besut menolak Tengku Zaihan yang juga calon BN pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 24 Julai ini.

Ulasan