KUALA TERENGGANU – Pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan mahasiswa
menyeru wakil Kuala Besut yang diisytiharkan menang pada pilihanraya
kecil minggu lalu supaya turun ke bawah dan merasai denyut nadi
masyarakat yang dikekang kemiskinan.
Setiausaha Kerja ‘R’ Terengganu Syed Hussain Solahuddin menyeru Tengku Zaihan menjelajah rumah-rumah rakyat dalam kedinginan malam-malam Ramadhan yang masih berbaki untuk melihat sendiri, samada dapur mereka ‘berasap’ atau tidak.
“Alhamdulillah pada pilihanaraya kecil Dun Kuala Besut lalu, dalam dingin dinihari Raadhan kami dari ‘R’ berkesempatan meninjau denyut nadi masyarakat yang dikekang tragedi kemiskinan……….. kami cukup terkejut kerana walaupun negeri terengganu kaya dengan gas dan petroleum yang bernilai 1.8 bilion setahun, tapi kehidupan rakyat di Kuala Besut dihimpit kesusahan,”ujarnya
Menurutnya, persaingan pada PRK Kuala Besut lalu telah mendedahkan ‘wajah sebenar’ Kuala Besut kepada dunia luar dan antarabangsa betapa kawasan tersebut teah terpinggir sekian lama.
Oleh itu, katanya, sewajarnya bagi Tengku Zaihan dan Umno serta Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerlipan cahaya lampu indah di Putrajaya dan benar-benar menjadi pembela rakyat tanah tempat tumpah darah beliau.
“cukuplah sambuta kemenangan yang palsu dan hadapi realiti dan situasi sebenar rakyat kuala besut yang mana mereka dahagakan perubahan, dahagakan kemajuan…….amat malang bagi satu kawasan pilihanraya yang mempunyai seorang Menteri sekranya rakyat tidak dapat keluar dari kemelut kemiskinan dan keperitaan hidup,”jelasnya.
Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Solidari Mahasiswa Malaysia Safwan Anang turut menyuarakan simpatinya, apabila beliau berkesempatan bersama-sama aktivis ‘R’ turun menyantuni beberapa buah rumah di sekitar perkampungan nelayan di Kuala Besut pada PRK Kuala Besut lalu.
Menurutnya keadaan begitu menyayat hati apabila melihat ‘gubuk-gubuk’ buruk yang disaluti kemiskinan itu, dipenuhi oleh bendera-bendera biru.
“Keadaan ini menggambarkan seolah-olah, rakyat miskin yang hidup dengan kepayahan dan keperitan langsung tidak pernah dihiraukan sebelum ini melainkan menjelang musim pilihanraya kecil,
“mereka telah terlalu lama hidup dalam kesusahan……….ada di antara rumah yang sempat kami singgah juga mempunyai bil-bil air dan elektrik yang masih tertunggak,
“Ini menimbulkan persoalan apakah nasib mereka tidak pernah terbela sebelum ini? Bahkan lebih menyedihkan apabila mereka mengaku sendiri bahawa Kuala Besut antara daerah yang paling miskin dalam Terengganu,”tegas Safwan ketika dihubungi.

Ulasan