27 Ogos 2013

‘Bird watching’ di Kenyir; Setelah syurga burung jadi ‘neraka’?

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Haji%20Muhyuddin.jpgHULU TERENGGANU – PAS ragu dengan program terbaru ‘bird watching’ yang dilancarkan kerajaan negeri Terengganu di Tasik Kenyir setelah berjuta-juta ringgit wang dihabiskan bagi membangunkan Pulau Burung dan membeli 101 ekor burung pelbagai spesis bagi projek pembangunan tasik buatan manusia tersebut.

“kita di gemparkan dengan Taman (Pulau) Burung yang menerima nasib yang sangat malang. Taman burung yang sepatutnya menjadi syurga burung-burung telah menjadi ‘neraka’ burung.


“dari 101 ekor burung yg dilepaskan kini hanya tinggal 14 ekor yang hidup dalam ketakutan selepas semua kawan-kawan mereka dibaham ular sawa dan helang,”ujar Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Exco Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie yang menjenamakan ‘kembali’ program pelancongan Tasik Kenyir sebagai destinasi ‘bird watching’ iaitu lokasi utama memerhati burung.

Muhyiddin yang juga Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu mempersoalkan ‘akalan’ terbaru kerajaan negeri itu kerana menurutnya, banyak projek-projek sebelum ini yang dilaksanakan tanpa kajian mendalam.

“Kini timbul pula idea utk menjadikan tasik kenyir sebagai kawasan pemerhatian burung…………adakah idea ini benar-benar telah dibuat kajian yang teliti sebelum diputuskan oleh pihak kerajaan? (Ia) satu perkara yg boleh dipertikaikan,

“tidak lama dahulu kerajaan Dato’ Ahmad Said telah membenarkan pembalakan sehingga ke pinggir Taman Negara yang menyebabkan haiwan menjauhkan diri dari kawasan Tasik Kenyir,”jelasnya.

Dalam masa yang sama, beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, Ahmad Said telah dan melancarkan projek Pulau Bebas Cukai di kawasan Tasik Kenyir yang akan menarik ramai manusia ke Tasik Kenyir.

Persoalannya kata beliau, adakah Pulau Bebas Cukai itu membantu persekitaran yang baik untuk habitat burung-burung liar?

“Sekali lagi kita mengharapkan satu kajian yang teliti dibuat sebelum wang rakyat dibelanjakan untuk sesuatu projek. Jangan nanti igauan Taman Burung menghantui rakyat Hulu Terengganu,”tambah beliau.

Artikel terkait;
Pulau Burung RM6 Juta Sia-sia….. Di tutup??
“Projek Mengigau’; Itik dan Angsa Pulau Burung hanya berbaki 50 ekor
Inilah Pulau Burung Ciptaan MB Terengganu Berharga RM6 juta
Hentikan Aktiviti Membalak di Taman Negara!
Kerajaan Terengganu Beli Itik, Angsa Suku Juta

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...