KUALA TERENGGANU – Seramai 15 orang ‘Pemuda Prihatin’ yang mengadakan
‘flash mob’ di Batu Burok Kuala Terengganu menggesa kerajaan Malaysia
menyatakan pendirian yang tegas terhadap keganasan yang dilakukan oleh
kerajaan ‘Kudeta’ Mesir.
Wakil kumpulan tersebut, Syed Mohamad Syed Ahmad berkata, kerajaan Malaysia juga seharusnya memberikan sokongan yang padu kepada Presiden Mesir Mohamad Morsi yang dipilih secara sah dan demokratik.
“tujuan kita hari ini untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan Mesir yang dipilih oleh rakyat (tetapi) telah digulingkan oleh pihak tentera, kita menuntut supaya kerajaan Malaysia memberi (menyatakan) pndirian yang tegas terhadap isu yang terjadi di Mesir,
“seterusnya (kerajaan Malaysia harus) memberikan sokongan kepada Morsi yang dipilih secara demokratik,”ujarnya ketika ditemui pada Ahad 18 Ogos, ketika mengadakan bantahan ‘flash mob’ di persimpangan Batu Burok dekat sini.
Syed Mohamad juga mendesak pemerintah tentera Mesir jeneral Fattah al-Sisis meletakkan jawtan dan mengembali kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat Mesir.
Katanya, ‘flash mob’ beliau dan rakan-rakannya pada hari tersebut adalah permulaan dan bercadang mengadakan batahan tersebut pada tiap-tiap minggu mulai minggu hadapan.
“hari ini hanyalah permulaan, kita akan buat seterusnya seminggu sekali (atau bagaimana) bergantung kepada keadaan (suasana di Mesir),”katanya

Ulasan