Halau kedutaan kerajaan ‘Kudeta’ dari bumi Malaysia

solidariti jihad kuala nerus1KUALA NERUS – PAS kesal tindakan kerajaan Malaysia tidak prihatin terhadap perkembangan yang menimpa umat Islam di negara Mesir dan mendesak supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan pemerintah ‘kudeta’ Mesir.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Dr. Khairuddin Aman razali berkata, ahli-ahli Parlimen PAS telah mencadangkan supaya parlimen membincangkan isu pihak tentera Mesir yang merampas kuasa dan menggulingkan Presiden Mesir yang sah, Dr Mohamad Morsi.


Namun, parlimen telah menolak ususl tersebut dengan alasan kerajaan Malaysia tida campur tangan persoalan yang melibatkan negara lain.

“kita mendesak untuk dibincangkan di peringkat parlimen isu berkaitan degan Mesir ditolak……….kita mengharapkan kerajaan (Malaysia) mengeluarkan satu kenyataan (pendirian) rasmi tentang apa yang berlaku di Mesir,

“tapi jawapan yang diberi ialah, kita (kerajaan Malaysia) tidak campur tangan dengan persoalan melibatkan antarabangsa negara lain, (sedangkan) adakah apa yang berlaku di Mesir itu satu rampasan kuasa yang berdaulat?,”soalnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program Pidato dan Munajat Perdana Solidariti Jihad, di masjid at-Taqwa pekan Batu Enam dekat sini semalam, Khamis 15 Ogos.

[Lihat Video]

Beliau mempertikaikan sikap kerajaan Malaysia itu kerana menurutnya, negara-negara di dunia termasuk negara umat Islam Turki mengutuk keras ‘kudeta’ dan keganasan tentera Mesir sejak rampasan kuasa tentera berlaku pada 3 Julai lalu.

Dr. Khairuddin yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS menggelarkan kerajaan ‘interim’ Mesir masakini adalah ‘kerajaan haram’ kerana merampas kuasa dari kerajaan yang sah dan berdaulat.
“adakah apa yang berlaku di Mesir itu satu rampasan kuasa yang berdaulat (sebaliknya) mereka merampas kuasa dari kerajaan yang berdaulat…….maka mereka (kerajaan sementara) bukan kerajaan (tetapi) mereka adalah kerajaan haram,”tegasya.

Justeru, beliau menyarankan supaya kerajaan Malaysia yang berdaulat, menghalau kedutaan kerajaan ‘perampas kuasa’ Mesir kerana ia bukan sebuah kerajaan.

Ulasan