Janda anak enam tinggal sehelai sepinggang angkara anak saudara

rumah mariam kubang kurus1KEMAMAN – “Punca kebakaran adalah sepupu saya, yang sakit mental……..dia (telah) membakar pondok buruk berdekatan dengan rumah saya, menyebabkan rumah saya disambar api dan terbakar,”kata Md Elmizan Bin Ali, 34, ketika menceritakan kejadian yang berlaku.

Beliau bersama lima adik beradik yang lain tinggal bersama ibunya, Mariam Bt Ismail, 60, di sebelah stesyen minyak Caltex, Kampung Kubang Kurus, Chukai, dekat sini, kini tinggal hanya ‘sehelai sepinggang’


Menurut Mariam, kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 4.00 petang, Selasa 13 Ogos itu turut ‘menghanguskan’ persiapan anak ketiganya yang akan melangsungkan perkahwinan pada 30 Ogos depan.

“(tinggal) sehelai sepinggang………….peralatan anak yang ke 3 (yang) akan kahwain pada 30 Ogos habis terbakar……….anak sulung (saya) jual ikan di pasar (dan) anak nombor dua (hanya) kerja kontrak,

“(anak) nombor tiga pula hanya kerja kedai makan……….. makcik (pula) tidak bekerja,”kata Mariam sambil menangis teresak-esak, ketika dikunjungi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat.

Hanafiah meminta supaya Mariam sekeluarga bersabar menghadapi dugaan tersebut dan berharap keluarga berdekatan dapat memberikan ruang untuk Mariam sekeluarga tumpang berteduh sementara waktu.

“saya harap Kak Mariam sekeluarga dapat bersabar dan keluarga yang berdekatan sini harap dapat memberi ruang kepada anak beranak Kak Mariam untuk berteduh sementara waktu,

“InsyaAllah, saya akan usahakan bantuan bagi mendirikan semula rumah Kak Mariam,”ujar Hanafiah, yang turut menghulurkan bantuan segera sebanyak RM2500, bagi meringankan beban Mariam sekeluarga.

Hanafiah juga menyeru kepada para dermawan dan muhsinin yang ingin meyumbang, boleh menghubungi Encik Faizal, Pegawai Khidmat di pejabat Khidmat ADUN Chukai.

Ulasan