Lantik tujuh pegawai khas; MB umpama ‘jilat ludah sendiri’

20130817_125216KUALA TERENGGANU – Tindakan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said melantik tujuh orang Pegawai Khas bagi memudahkan urusan pentadbiran di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang Barisan Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), umpama ‘menjilat ludahnya semula’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Ustaz Ariffin Deraman berkata, Ahmad Said pada 11 Mei lalu sebagaimana dilaporkan akhbar memutuskan tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan-kawasan terbabit.


Namun katanya, selepas kira-kira 100 hari PRU-13 berlaku, Ahmad Said seolah-olah membuat ‘pusingan U’.

“sekarang dia lantik semula………apa pun nama jawatan yang dilantik, rakyat tahu………Ahmad sudah buntu, terpaksa menelan balik ludahnya, dulu kata tak mahu lantik…..sekarang dia lantik semula,

“mungkin dia bimbang dengan prestasi wakil-wakil rakyat PAS dan saya percaya perlantikan hanya kerana politik samata-mata………bukan untuk berkhidmat sebenarnya kepada rakyat,”ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka ADUN Alor Limbat yang diadakan di Kampung Gelugor dekat sini pada Sabtu 17 Ogos.

Beliau bagaimana pun mengucapkan tahniah kepada mereka yang dilantik khususnya kepada Ketua Pemuda Umno Saiful Bahari Baharuddin yang dijangka akan mengambil tugas sebagai pegawai yang menjaga DUN Alor Limbat.

Selaku wakil yang dipilih oleh rakyat, Ariffin berharap dapat bekerjasama dengan Saiful dalam memberikan khidmat kepada rakyat Alor Limbat tanpa mengira latar belakang politik dan semata-mata untuk kebajikan rakyat.

“saya nak ucap tahniah, terutamanya kepada Shaiful yang sudah pastinya dipilih oleh MB untuk jaga kawasan Alor Limbat, saya harap Shaiful dapat berkhdmat dengan baik dan saya boleh bekerjasama demi untuk memberikan kebajikan kepada rakyat,

“tanpa diskriminasi dan tanpa pilih kasih, kerana kita tahu rakyat tidak kira orag Umno ke atau orang PAS berhak mendapat kebajikan,”jelasnya.

Ulasan