Maidam digesa kembalikan hak zakat kepada penuntut ilmu

IMG-20130820-WA0013KUALA TERENGGANU – PAS kesal dan merasa kecewa dengan langkah terbaru yang di ambil oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) yang seolah-olah berlepas tangan untuk tidak memberikan bantuan zakat lagi kepada sesetengah pelajar.


Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, sedangkan sebelum ini polisi Maidam adalah membantu pengajian pelajar sebagai alternatif bagi pelajar yang tidak mendapat apa-apa sumber kewangan.

“Pelajar secara khususnya yang belajar pengajian Islam berhak menerima zakat sebagai seorang ‘penuntut ilmu agama fi sabilillah’, bermusafir keluar negara bahkan dikecualikan berperang ‘sabilillah’ keatas mereka,”ujarnya

Beliau memetik dalil dari al-Quran dari surah at-Taubah yang menegaskan perkara tersebut;
Maksudnya; “Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan (ilmu) mereka tentang agama dan dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya” surah at-Taubah :122.

Bahkan kata beliau, dalam soal pemberian zakat kepada golongan pelajar, ulamak terkemuka dunia, Dr Yusuf Al-Qaradhawi dengan jelas menyokong keperluan zakat kepada pelajar.

Katanya al-qaradhawi menyeut bahawa, “pelajar yang menghambakan dirinya dengan belajar, dibenarkan baginya menerima zakat. Sekiranya dia tidak mempunyai masa untuk menghimpunkan diantara mencari harta dan menuntut ilmu, maka ia diberikan zakat mengikut kadar yang dapat membantunya menyempurnakan keperluan hajatnya. Termasuknya adalah, kesibukannya menulis ilmu yang perlu untuk perkembangan dunia dan agama”

“Ini (zakat) merupakan hak pelajar itu sendiri dan bukannya hak ibu-bapa mereka. Apatah lagi pihak Maidam sudah membuat pilihan (memilih) pelajar tersebut dan amalan ini sudah berjalan sekian lama,”tegas Ustaz satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka.

Justeru, beliau mendesak agar pihak Maidam bebas dan telus serta kembali kepada polisi lama yang lebih memberikan manfaat untuk rakyat keseluruhan dan dapat membantu segelintir pelajar yg merasai nikmat hasil zakat yang banyak dari (yang dibayar oleh) rakyat Terengganu.

Ulasan