Panjat atap rumah rakyat pada 3 Syawal

3 syawal panjat atap1KEMAMAN – Walaupun dalam suasana ‘masih berhari raya’, hari ini pada 3 Syawal tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai YB Haji Hanafiah untuk memanjat atap rumah seorang penduduk, demi berkhidmat kepada rakyat.

Rumah Ismail bin Besar, 64 tahun, bukan berada dalam kawasan DUN Chukai, namun atas rasa tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman, Hanafiah bersegera menziarahi rumah yang ditimpa malang itu.

Menurutnya, beliau telah diberitahu oleh Haji Salleh, Ketua Cawangan PAS Pekan Kemasik, rumah Pak Ismail telah dilanda ribut pada jam 6.30 petang 7 Ogos yang lalu.



“Ismail, anak beranak sedang menunggu (waktu untuk ) berbuka puasa, kira-kira waktu itu lebih kurang kam 6.30 petang, tiba-tiba hujan yang turun menjadi lebat berserta dengan angin kencang,

“Ismail sekeluarga terkejut apabila (terdengar) bunyi dentuman diatas atap (rumahnya) di bahagian dapur, (dan apabila beliau) keluar dari rumah beliau dapati pokok Ru (berhampiran rumahnya) patah umbi dan tumbang menimpa atap sepanjang 40 kaki,”ujarnya kepada skuad BO, apa yang diceritakan oleh Ismail kepada beliau.

Menurutnya, anggaran kos untuk membaiki atap dan rumah tersebut tidak kurang dari RM3000.00.
Haji Hanafiah memberikan sedikit bantuan segera kepada Pak Ismail dan berjanji akan mengumpulkan dana bagi membaik pulih rumah tersebut dalam maa yang terdekat.

“hari ni selesai bersih batang pokok Ru,esok pasang kayu panjang dan atap (30kpg) atap asbestos,ambe doh beli barang-barang tersebut dengan kerjasama kewangan dan tenaga PAS cawangan Pantai Kemasik yang diketuai Hj Salleh,”tambah Hanafiah

Ulasan