PAS agih RM150,000 ; Hargai jasa pendidik menjelang lebaran

MARANG – Dewan Ulamak PAS yang menjadi tonggak pendidikan dan tarbiyah Islamiyyah menghargai pengorbanan para pendidik yang menyumbang bakti di instutusi-institusi terbabit.


Menjelang hari lebaran, 1 Syawal 1434 yang akan disambut pada hujung minggu ini, seramai 370 tenaga pendidik terbabit diraikan dalam majlis sumbangan Ramadhan pada Ahad 4 Ogos yang diadakan di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila.


Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu (DUPNT) Dato’ Ustaz Husain Awang telah menyampaikan sumbangan kepada seluruh tenaga pendidik dan petugas yang berkhidmat di sepuluh buah pusat pendidikan melibatkan dana lebih RM 150,000

Ustaz Husain ketika ditemui berkata, ia merupakan aktiviti dan sumbangan tahunan DUPNT yang dikumpulkan melalui sumbangsn dan derma orang ramai.

Beliau mengucapkan syukur kerana Allah memberi kemudahan kepada PAS membangunkan institusi pendidikan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua muhsinin yang istiqamah memberikan sumbangan berterusan.

Ulasan