PAS Dukacita Dengan Pengendalian Petisyen Pilihanraya

cikgu solah taklimat petisyenKUALA TERENGGANU – PAS kesal dengan pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang mewakili kerajaan, kerana berulang kali menyarankan agar-agar parti-parti politik membuat ‘petisyen’ sekiranya tidak berpuashati dengan keputusan pilihanraya umum ke-13 lalu.

Namun, apabila petisyen dibuat, pihak mahkamah menolak petisyen tersebut dengan alasan teknikal dan didakwa menyekat bukti-bukti dibentangkan di mahkamah.


Menurut Timbalan Yang DiPertua PAS Besut Shalahuddin Jaafar, bukan sahaja petisyen itu ditolak, bahkan kos yang membabitkannya adalah terlalu tinggi, yang membebankan dan dianggap sebagai ‘mendera’ pempetisyen.

“menurut saluran demokrasi dan saranan SPR, kita menfailkan petisyen apabila kita tidak berpuashati dengan perjalanan pilihanraya umum yang lalu, tetapi petisyen kita ditolak hanya kerana masalah teknikal,

“dan ada sekatan bukti-bukti dibentangkan di mahkamah, menyekat hak pempetisyen mengemukakan bukti sebagaimana dalam afidavit,”ujarnya ketika ditemui di pejabat PAS negeri Terengganu setelah mendengar taklimat keputusan petisyen yang dibuat oleh seorang pengundi dari Dun Hulu Besut.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan PAS Dun Hulu Besut serta calon PAS bagi Dun tersebut pada pilihanraya umum yang lalu merasa dukacita dan berpendapat, ruang untuk mendapatkan pembelaan dalam demokrasi seolah-olah ditutup.

“alasannya terlalu remeh……….. hanya kerana kita tidak menyenaraikan nama-nama petugas yang menerima wang,”ujarnya apabila ditanya, mengapa petisyen tersebut telah ditolak.

Semalam, peguam PAS yang juga Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin turut berkata dengan nada yang sama apabila mahkamah menolak petisyen yang dikemukaknan PAS dengan alasan rapuh dan teknikal.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat Agung PAS, Mohamed Hanipa menegaskan bahawa daripada 18 petisyen yang difailkan oleh parti itu, 13 telah pun dibuang kerja berdasarkan “kecil” sebab.

“Mahkamah telah menolak banyak petisyen kami berdasarkan alasan rapuh dan teknikal. Jadi, kita tidak mempunyai pilihan tetapi akan menggunakan (membuat) laporan polis dan biarkan mereka (polis) menyiasat ia (perkra tersebut) dari sini,” katanya\

Dalam perkembangan yang sama Petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kuala Brang mencatat rekod kos petisyen paling tinggi apabila pempetisyen dikenakan kos RM150,000.
\
Hakim Mahkamah Pilihanraya Kuala Terengganu, Datuk Mariana Yahya menolak petisyen yang dibuat oleh seorang pengundi di kawasan itu, Ahmad Zamani Yusof.
\
Mahkamah menganugerahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada setiap respondan petisyen ini iaitu Adun Kuala Brang, Tengku Putera Tengku Awang, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pegawai Pengurus pilihan raya DUN ini.

Sebelum ini, hakim yang sama menganugerahkan hanya RM30,000 kepada wakil rakyat PAS dari Dun Teluk Pasu Ridhuan Hashim dan Rantau Abang, Alias Harun.

Dalam petisyen itu, petisyen BN terhadap mereka ditolak oleh mahkamah yang sama

Ulasan