PAS minta Maidam kaji keputusan Dermasiswa Zakat

satiful ybKUALA TERENGGANU – PAS mengulangi gesaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) agar mengkaji semula pengagihan wang zakat dan mengembalikan pemberian Dermasiswa Zakat kepada penuntut ilmu agama khususnya yang belajar di luar negara.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat ada di kalangan ibu bapa dan pelajar membuat aduan bahawa pihak Maidam yang telah bersetuju memberikan Dermasiswa Zakat sebelumnya, telah memberi mereka borang pinjaman Yayasan Terengganu.


“bahawa pihak Maidam telah memberi borang pinjaman Yayasan (Terengganu) kepada pelajar luar negara yang selama ini di beri zakat, mungkin ada polisi baru…..jadi bagi pihak kita (PAS), megaharapkan agar pihak Maidam mengkaji semula,

“dan kembali semula kepada polisi asal dimana pelajar yang tdak mendapat sebarang pinjaman kewangan dari mana-mana agensi dan sumber kewangan maka pihak Maidam menawarkan (bantuan) zakat,”ujarnya.

[Lihat Video]

Beliau yang juga ADUN Paka berkata demikian dalam sidang media mingguan PAS Terengganu yang diadakan pada Khamis 22 Ogos di pejabat PAS Jalan Sultan Omar dekat sini.

Dalam sdang media tersebut, beliau turut mengumumkan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) akan mengadakan Majlis Jamuan sempena Hari Raya Eidul Fitri pada hari Khamis 29 Syawal 1434 bersamaan 5 September, 2013 di perkarangan Pejabat PAS.

“kita jemput semua lah untuk meraikan hadir sempena sambuta hari raya ni………tempat di sini (pejabat PAS),”jelasnya.

Turut sama dalam sidang media tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya III YB Dr Alias Razak yag juga ADUN Bukit Tunggal serta Penolong Setiausaha BPPNT YB Haji Hanafiah Mat yang juga ADUN Chukai

Ulasan