Pengarah Kesihatan jangan berlagak seperti Pengerusi Perhubungan Umno

Dr Azman IbrahimKUALA TERENGGANU – PAS melahirkan rasa simpati dan dukacita yang mendalam terhadap jururawat yang menerima surat tunjuk sebab, hanya kerana mereka telah menerima pemberian kek tanda pengiktirafan sumbangan mereka, sempena Hari Jururawat baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim [Gambar] menasihatkan Pengarah Kesihatan Negeri supaya bersikap profesional dan jangan berlagak umpama Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.


“saya melahirkan rasa dukacita yang mendalam apabila beberapa orang jururawat yang bertugas di sebuah Klinik Kesihatan di dalam daerah Marang,

“ telah menerima surat tunjuk sebab dari Pengarah Kesilapan Negeri Terengganu lantaran tindakan mereka menerima hadiah kek yang disampaikan oleh Wakil Rakyat Pas Alor Limbat sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia baru-baru ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Iftar bersama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) di sebuah restoran di Mengabang Telipot dekat sini pada Rabu 31 Julai.

Dengan sinis beliau berkata, sepotong kek barangkali mampu mengundang bahaya kerana, beliau dimaklumkan Pengarah Kesihatan Negeri turut mengirimkan SMS arahan melarang semua Pegawai Kesihatan Daerah memberikan kebenaran kepada pemimpin PAS memberi sumbangan sempena Eidul Fitri.

“Pengarah Kesihatan Negeri janganlah bertindak seolah-olah kamu Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. Tindakan larangan yang didasarkan atas semangat politik sempit akan meletakkan imej perkhidmatan awam sebagai tidak terhormat di mata masyarakat.

“Wakil rakyat Pas Alor Limbat adalah pemimpin yang dipilih secara sah oleh rakyat. Klinik kesihatan yang dikunjunginya untuk memberikan ucapan terima kasih dan penghargaan atas,
“khidmat dan jasa-jasa para jururawat kepada masyarakat adalah klinik yang terletak di dalam kawasan yang diwakilinya. Hadiah kek hanyalah sebagai buah tangan dan tandamata,”tegasnya.

Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai pegawai Jabatan Kesihatan mencabar Pengarah terbabit memjelaskan, fasa mana dan bahagian mana dari perintah am perkhidmatan awam yang telah dilanggar oleh jururawat tersebut.

“Enakmen atau akta mana yang nak digunakan untuk menghalang kunjungan orang PAS ke premis-premis yang telah dinyatakan dalam SMS pihak Tuan?,

“Fasa mana dan bahagian mana dari perintah am perkhidmatan awam yang telah dilanggar oleh jururawat apabila menrima sebiji kek??,”soalnya.

Justeru, beliau menyeru supaya semua pihak menunjukkan kematangan samada dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan berpolitik.

Tindakan ‘bersaing’ dalam memberi sumbangan dan khidmat bakti tanpa sebarang diskriminasi fahaman politik, kata beliau akan memberikan faedahnya optima kepada seluruh rakyat.

“Janganlah kerana ingin memuaskan kehendak segelintir pemimpin Umno, kakitangan sendiri yang menjadi mangsa. Ingatlah gaji Tuan Pengarah dibayar dari duit rakyat, bukannya duit Umno,”tambahnya

Ulasan