Ustaz Satiful Minta Kak Ani, Zamri bersabar

satiful rumah terbakar kertehDUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang sedang menghadiri satu kenduri perkahwinan di Felda Kerteh 1 dekat sini berkejar ke lokasi sebaik menerima khabar sebuah rumah penduduk berdekatan terbakar.

Malangnya, kata beliau, tidak ada apa-apa lagi yang dapat diselamatkan sebaik beliau sampai, kerana rumah tersebut telah hangus sama sekali.


Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang Sabtu, 10 Ogos itu menyebabkan penyewa rumah terbabit, tinggal sehelai sepinggang.

“kebakaran rumah di Ketengah Jaya, (berlaku) kira-kira jam 3 petang, (penyewanya) tinggal sehelai sepinggang, tidak ada apa-apayang dapat diselamatkan, saya seang makan jemputan (kenduri) kahwindi Felda Kerteh 1 dan Kerteh 2,

“terus pergi (ke lokasi)………. (sampai di sana) dah licin (hangus),”ujarnya ketika ditemui ditempat kejadian.

Beliau sempat berjumpa dengan pemilik rumah yang dikenali sebagai Kak ni dan penyewanya, Zamri Mustaffa serta menghulurkan sedikit bantuan segera dn meminta mereka bersabar menerima dugaan dari Allah itu.

“Kita (saya) beri sedikit sumbangan ‘on the spot’ (spontan) segera setakat kemampuan kepada tuan rumah dan penyewa yang kebetulan ada belaka di tempat kejadian,”tambahnya.

Ulasan