Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Dizalimi

KUALA NERUS – Seorang ibu tunggal yang membesarkan anak yatim terpaksa berpindah dan menumpang di rumah kakaknya kerana rumah yang diduduki di kampubg Batin, seberang Takir, dekat sini, terpaksa dirobohkan.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang berkata beliau berasa dukacita deangan kejadian itu dan menyifatkan ia adalah sati kezaliman yang besar.

“Kami berasa dukacita lah kerana ni, kejadian ini…..dimana tuan rumah telah diberi tanah masa kita perintah dua tahun 1999 dulu. Kita telah beri tapak tanah,
“tapi akhirnya oleh kerana tak selesai dia ambil balik…….di rampas balik oleh kerajaan BN yang memerintah pada tahun 2004,”ujarnya
Menurutnya, ibu tunggal dan anak yatim itu menjadi mangsa ‘diskriminasi dan pilih kasih’ Umno dan BN yang merampas tanah tersebut kerana beliau dianggap seorang penyokong PAS.
Ekoran tanah tersebut dirampas, ibu tunggal dan anak yatim itu terpaksa menumpang dan membina rumah dtanah milik orang.
Oleh kerana tuan tanah mahu menggunakan tanah tersebut, ibu tunggal itu terpaksa diminta keluar dan rumahnya terpaksa dirobohkan.
“dia (ibu tunggal) duduk di tapak tanah milik orang lain lah sehingga terpaksa diminta keluar daripada tanah, dia tak ada pilihan lain, dia terpaksa roboh rumah dia kerana tuan tanah mahu guna tanah tu.
“jadi ini gambaran bahawa jelas berlaku kezaliman kepada rakyat dalam negeri ini yang mana keluarga berkenaan ibu tunggal yang ada anak yatim.
“Satu kezaliman yang besar lah kita rasa sehingga rumah berkenaan perlu dirobohkan dan tak duduk mana-mana tapak lagi, belum ada tapak lagi,”jelasnya.
Oleh itu beliau menggesa pihak yang berkuasa mengambil ‘cakne’ kesusahan yang dihafapi oleh ibu tunggal itu dan memberi sekeping tanah untuk membina semula rumah ynag telah dirobohkan.
“Dan kita harap insya Allah pihak yan berkenaan pihak yang berkuasa dapat mengambil satu tindakan atau mengambil kira ini untuk diberi tapak yang sesuai untuk keluarga berkenaan bagi membina balik rumah yang diroboh pada hari ini.,”katanya.
Sepatutnya, kata beliau, kerajaan prihatin akan nasib ibu tunggal yang tiafa tempat bergantung kerana ketiadaan suami.
RasuluLlah SAW sendiri, katanya, sangat mengambil berat tentang anak yatim yang sepatutnya dilindungi dan diberikan kemudahan oleh pihak kerajaan.

Ulasan