“Back To School” Ceriakan Warga Bukit Payong

20131228_153423A
MARANG – Satu program yang dinamakan “Program Back To School” telah diadakan di Bukit Payong semalam.

Program berbentuk kebajikan itu yang bertujuan membantu dan mengurangkan beban beberapa keluarga-keluarga miskin terpilih di sekitar Bukit Payong dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup sekarang ini.

Program anjuran Badan Kebajikan Majlis Tindakan DUN Bukit Payong (MTD) itu telah berjaya membantu kira-kira 30 orang pelajar bagi persiapan mereka untuk menghadiri
sesi persekolahan baru pada Januari ini.

Setiap pelajar diberikan sehelai baju, seluar, kasut dan stokin dan mereka dijemput untuk mengukur saiz sendiri di sebuah kedai berdekatan di sini bagi memudahkan mereka.

Seorang ibu yang mendapat bantuan ini Puan Zainun Abdul Rahman (kiri) mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada penganjur program ini.
 
“Saya rasa gembiralah dengan bantuan ini sebab anak-anak nak ke sekolah tapi bajupun masih tak ada.

Saya rasa sukalah (gembira) dengan program ni, memudahkan anak-anak nak pergi sekolah dan terima kasih saya ucapkan kepada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah atas penganjuran program ini,” kata beliau.

Sementara itu Wakil Rakyat Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata program ini adalah satu program yang sangat bagus dan menzahirkan bahawa MTD Bukit Payong sentiasa prihatin dengan masalah rakyat.

“Dengan kenaikan harga barang yang sangat membebankan rakyat, kita tampil sebagai pembantu untuk meringankan bebanan ini sebagai menurut kehendak Islam.

Saya suka mengajak rakyat terbanyak untuk melihat keadaan ini bila kerajaan yang salah kita pilih, maka beban itu terpikul atas bahu kita sendiri.

Ditanya siapakah yang menaja program ini, beliau menjawab program ini adalah sumbangan orang ramai dan juga derma dari dermawan-dermawan yang kaya yang prihatin dengan nasib orang-orang miskin.

Beliau berharap agar lebih ramai lagi dermawan-dermawan turun membantu orang-orang miskin kerana cengkaman hidup sekarang ini perlukan kerjasama semua pihak bagi meringankan beban mereka.

Pada 29 Disember ini pula bantuan seterusnya kepada anak-anak yatim akan dihulurkan bagi meringankan beban mereka menghadapi sesi persekolahan baru akan dating.

Ulasan