Baikpulih Jalan Rosak Sendiri Setelah JKKK Tidak Peduli

DUNGUN – Penduduk Kampung Pinang Merah, Paka, dekat sini akhirnya terpaksa mengambl tindakan membaik pulih jalan sendiri setelah tanggungjawab tersebut tidak pedulikan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kampung (JKKK).
Menuurtnya Ketua Cawangan Pas Pinang Merah Che Wan Mustafa Che Wan Kaman,kerosakan jalan tersebut yang menjadi laluan utama ke masjid semakin teruk sejak dilanda banjir baru-baru ini.

“hari ini kita gotong royong penduduk (Kampung) Pinang Merah untuk membaiki dan bina sedikit jalan di sekitar ini, dan kita buat ini kerana JKKK dan pihak kerajaan tidak bertanggungjawab untuk membaiki,
IMG-20131221-WA0009“jalan (ini) kearah laluan utama, iaitu ke laluan ke kawasan masjid dan laluan utama masyarakat kampung sini…….. jalan ini dah rosak lebih kurang setahun lebih dah, tidak ada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa tempatan kampung ataupun daripada pihak Daerah sendiri,
“kesan banjir hari itu, ada juga menjejaskan sedikit jalan ini, dan keadaan jalan ini semakin teruk, berlubang dan sebagainya. ,”ujarnya ketika ditemui.
Che Mustafa berkata, program gotong royong yang dilaksanakan itu mendapat sokongan dari ADUN Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat, bahkan beliau turut memberikan peruntukan bagi menampung kos membaikpulih jalan itu.
“Alhamdulillah, YB telah memberi pandangan yang baik dan dalam projek ini pun, YB telah bagi sumbangan untuk menyiapkan jalan ini,”jelas Che Mustafa.

Ulasan