‘Gajet’ Dan Aplikasi Terbaru Untuk Orang Muda Dan Luar Bandar

KUALA TERENGGANU – Aras sokongan kepada PAS berdasarkan berdasarkan keputusan pilihanraya umum kali ke-13 lalu menunjukkan sokongan majoriti besar adalah daripada golongan orang-orang muda.
Justeru itu, menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, kepimpinannya dalam masa dua tahun ini akan memberi ruang bukan sahaja bagi orang muda menyalurkan pendapat, bahkan untuk mereka diberi peluang menerajui kepimpinan.

“Dan insya Allah kita akan memberi ruang dan peluang yang ada kepada golongan muda bukan hanya memberi pandangan, pendapat di dalam perjuangan kita tetapi juga membarisi kepimpinan yang ada.
“Saya juga mengharapkan lah untuk kita mendekati semua peringkat NGO dan juga masyarakat non-muslim dengan berbagai lagi program aktiviti untuk mencapai semua sasaran bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang. Saya rasa itu yang akan kami jalankan sepanjang setahun dua ini insya Allah,”ujarnya ketika ditemui.
Bagi mencapai sasaran yang tersekat dalam menerima maklumat dari PAS, Satiful berkata, kaedah terkini akan diguna pakai.
Katanya dapatan dari hasil PRU-13, PAS menguasai lingkungan perbandaran dan kelompok orang muda. Namun, golongan veteran dan mereka yang diluar lingkungan bandar masih bergantung kepada media yang dikuasai oleh kerajaan, termasuk media cetak dan elektonik.
“Kita mungkin ada sedikit kelemahan, kekurangan tapi mungkin kita masih lagi bawah untuk mencapai kejayaan yang kita harapkan dan juga masyarakat yang di luar Bandar. Sebab kita tengok kawasan Bandar ini sudah dikuasai oleh PAS sendiri.
“Tinggal lagi kawasan utara, Setiu, Besut dan juga kawasan pedalaman, Hulu Terengganu, hulu Dungun, kemaman apa dan sebagainya. Kawasan luar Bandar yang mungkin daripada segi makluman kelemahann kita dalam menyalurkan maklumat dengan lebih berkesan kepada pengundi untuk kita mengundi dalam masa yang akan datang.,”jelasnya.
Walaupun orang muda telah menjadi teras sokongan, tetapi menurut Adun Paka itu, kebanyakkannya hanya berinteraksi sesama sendiri dan tidak dapat mencapai sasaran luar Bandar.
Pentadbiran baru PAS dibawahnya juga akan menggembelingkan usaha menangkis serangan media kerajaan yang berat sebelah, menutup kebebasan pendedahan maklumat kepada orang ramai selain dari infrastruktur IT yang terhad.
“Di luar bandar tu mungkin kesedaran IT lebih terhad. Ada dalam dewan (Sidang DUN) dia (kerajaan) sebut Bestari .com ke apa, (tapi) semua masih lagi terkawal macam kita duduk dalam dewan kan, kita tengok dalam harakahdaily tak keluar, sebab dia setting dah. Walaupun pegawai (mereka) tak bebas nak buka.
“Bestari.com tu di bawah kerajaan. Kaebanyakkan dia buka di Pusat Khidmat UMNO, jadi memang terkawal lah. Jadi kita sekarang cuba pecahkan lah tembok tu. Maknanya media-media, radio, TV masih lagi dikuasai oleh kerajaan. Jadi maklumat tu tak sampai. Jadi kita rasa tu kelemahan kita lah. Insya Allah kita akan cuba memperbaiki,”ujarnya
Dengan keyakinan bahawa, radio dan televisyen konvensional tidak akan menjadi popular lagi pada masa depan, beliau merancang untuk menggunakan aplikasi dan gajet penyebaran maklumat yang lebih digemari, mudah dan ringkas.
“Jika sekiranya kita ketinggalan daripada perkembangan teknologi ni kita rasa kita gagal untuk mencapai ‘taste’ ataupun kecapaian maklumat untuk generasi baru, sebab (masa) akan datang kita rasa TV mungkin tak akan popular lagi ah.
“Jadi maklumat daripada ‘gadget’ ini kita rasa akan lebih mempengaruhi khususnya untuk generasi baru. Jadi insya Allah dengan perkembangan ada, pemuda, dengan Nisa’, Amirah, dewan muslimat, di semua peringkat kita rasa kita akan cuba mengembelingkan sebaik mungkin,”tambah beliau

Ulasan