GANTI Hulur Bantuan Sebagai Tanggungjawab Sosial

HULU TERENGGANU – Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) turut ‘turun padang’ merasai sama kesusakaran yang dihadapi oleh rakyat negeri Terengganu yang dilanda musibah banjir.

Presidennya Haji Amzad Hashim berkata pihak menyalurksn bantuan keperluan makanan kepada penduduk beberapa kampung di daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu yang terjejas kerana bencana tersebut.

“(kita) dalam rangka kerja utnuk menyalurkan bantuan. Setakat ni dalam beberapa hari yang lepas kita telah menyalurkan bantuan air mineral Gau sebanyak 1,400 botol semua sekali, kita hantar ke Kemaman,

“kemudian disusuli dengan beberapa bantuan yang lain lah dan termasuk pada hari ini kita dapat, yang ni tindak balas serta-merta, petang semalam, kita dapat laporan ada beberapa keluarga yang kehabisan makanan,”ujarnya ketika ditemui di Kuala Berang dekat sini.

Beliau mendapat laporan tujuh keluarga berhampiran telah tersekat dan ‘keputusan’ makanan dan pihaknya mengambil langkah segera menyalurkan bantuan sebaik mendapat maklumat tersebut.

“Untuk hari ini kita ada seratus kampit beras, lima puluh kampit beras kita agih hari ini yang bakinya esok kita akan bawa ke Kemaman pula dan pada hari Jumaat juga,”jelasnya

Menurutnya tindakan GANTI menyalurkan sedikit bantuan setakat termampu adalah bagi menyempurnkan tanggungjawab sosial sebagai NGO, sesama Melayu, Islam dan rakyat Terengganu.

Ulasan