Kerajaan Peroleh Hasil Bijih Besi Hanya RM1 Satu Tan?

KUALA TERENGGANU – PAS mempersoalkan, apakah keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri Terengganu hasil dari pembukaan semula lombong bijih besi di kawasan Bukit Besi.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, selama empat tahun, sejak lombong bijih besi di Bukit Besi dibuka semula pada tahun 2010, kerajaan negeri hanya mengeluarkan sebanyak 1.18 juta tan sahaja hasil.

Lebih malang lagi, menurutnya, berdasarkan jawapan kerajaan pada Sidang DUN lalu, dari jumlah pengeluaran tersebut, kerajaan hanya mendapat hasil sekitar RM1 juta sahaja.

“Kita tanya banyak mana kerajaan boleh hasil? kerajaan (jawab) dapat RM1 juta sahaja. Bayangkan…… (hasil bijih besi) satu tan boleh (hanya) RM1 sahaja kepada kerajaan.

“macamana kerajaan menjual bijih besi, kerajaan hanya mendapat (hasil) RM1 juta dalam masa empat tahun? Siapa yang kaya sebenarnya? Boleh ke (pada) siapa kah kekayaan (hasil pengeluaran bijih besi ini),”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah Pasca Muktamar PAS Kali Ke-59 di Rusila pada Jumaat 13 Disember.

Hasil yang diperolehi oleh kerajaan dari aktiviti perlombongan semula bijih besi itu terlalu sedikit berbanding dengan hasil pasir dan hasil ‘tanmah merah’

Kerajaan memperolehi pendapatan sebanyak RM1.2 juta hasil ‘royalti’ pengeluaran pasir bagi tahun 2012 dan kerajaan hasil dari ‘cukai’ tanah merah yang dialihkan pada tahun tersebut juga mencecah RM1.8 juta.

Beliau turut kesal dengan tindakan kerajaan negeri menolak usul untuk membincangkan isu banjir yang dibentangkan oleh wakil rakyat PAS dalam sidang DUN baru-baru ini.

Sebaliknya, menurut beliau, pemimpin Umno yang menerajui negeri Terengganu lebih berbangga dengan projek-projek fizikal yang membawa banyak manfaat kepada rakyat.

PAS juga, katanya, menyarankan supaya kerajaan negeri membuat peruntukan khas bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir kerana pemberian sebanyak RM500 yang diumumkan Perdana Menteri ,
Datuk Seri Najnib Razak Razak adalah tidak memadai.

Satiful berkata, sekiranya kerajaan boleh membelanjakan RM40 juta untuk kejohanan perahu layar Piala Monsun dan mengeluarkan kewangan sebanyak RM2 juta untuk menaja kejohanan lumba basil ‘Le Tour De Langkawi’, mnengapa tidak untuk rakyat yang menghadapi kesusahan banjir?

Ulasan