MARANG – “Semua soalan saya ditolak, samada soalan lisan ataupun yang
bertulis, “ begitulah luahan kekesalan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Beliau seperti tidak percaya dengan penolakan kesemua soalan-soalan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu kali ini.
Dan penolakan soalan-soalan ini pada pendapat beliau, sebagai bukti kerajaan tidak mengambil berat tentang permasalahan rakyat.
Kesemua 12 soalan beliau yang ditolak itu adalah hasil dari perbincangan beliau dengan rakyat, agar ianya bukan soalan yang terkeluar dari kehendak dan keinginan rakyat.
Oleh itu beliau menyimpulkan bahawa penolakan soalan itu adalah penolakan kepada kehendak rakyat negeri Terengganu.
Bahkan beliau turut memberikan contoh, iaitu usul mengenai banjir yang memusnahkan banyak harta benda di Kemaman dan Dungun baru-baru ini, turut ditolak oleh Speaker dengan alasan ianya tidak perlu disegerakan.
Usul bagi membincangkan hal berkenaan banjir yang luar biasa berlaku di Kemaman dan Dungun itu telah dibawakan oleh Adun Rantau Abang YB Haji Alias Harun untuk dibincangkan tetapi ditolak oleh Speaker
“Sidang Dun adalah medan terbaik bagi wakil-wakil rakyat mencari kata sepakat dalam menentukan contohnya, jumlah bantuan bagi mangsa banjir.
Ianya (Sidang Dun) seperti yang diusulkan, boleh digunakan bagi memutuskan untuk menubuhkan platform khas bagi mengkaji punca banjir dan pelan perancangan yang teratur dimasa akan datang.
Tetapi jika kesemua soalan dan usul untuk kepentingan rakyat ditolak maka bagi saya ini menunjukkan kerajaan tidak perihatin kepada rakyat,” jelas beliau.
Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi membahaskan bajet 2014 sedang berlangsung selama empat hari bermula 9 Disember dan akan berkahir pada 12 Disember 2013.

Ulasan