PAS Bersyukur Mangsa Lemas DiTemui

solat hajat lemasDUNGUN – Usaha PAS mengadu kesusahan rakyat dengan menunaikan solat hajat memohon supaya mangsa lemas Ghapar Abdul Manaf, 32, akhirnya membuahkan hasil.
Dengan kerjasama pihak bomba dan penyelamat, mayat mangsa ditemui di jeti YTL Kerteh pada pagi ini, Khamis 27 Disember.

[Gambar atas - mayat mangsa dibawa ke Jabatan forensik hospital dungun untuk pemeriksaan lanjut]

Sehingga petang semalam Komander Operasinya, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, pihaknya menghadapi kesukaran untuk menurunkan anggota skuba kerana bot penyelamat sukar digerakkan ke lokasi kejadian berikutan ombak terlalu besar.

Beliau yang juga Ketua Polis Daerah Dungun berkata, lebih 30 anggota termasuk bomba, JPAM serta Rela membuat tinjauan di sepanjang pantai, berhampiran tempat mangsa dikhuatiri lemas.

Setelah hari beransur gelap, Yang DiPertua PAS Dungun YB Ustaz Wan Hassan bersama ADUN Sura YB Wan Hapandi Wan Nik telah meminta supaya orang ramai bersama-sama menunaikan solat hajat.

Ketika dihubungi, Ustaz Wan Hassan yang juga Ahli Parlimen Dungun bersyukur dengan penemuan mayat mangsa itu.
w hassan banjir
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama.

“AlhamduliLlah, tidak ada yang lebih besar dari kesyukuran kita kepada Allah dan bagi pihak PAS serta selaku Ahli Parlimen, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak,

“pihak polis, bomba, JPAM, orang ramai yang turut serta dalam usaha mencari dan menyelamat,”ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang, mangsa yang tinggal di Masai Johor mandi-manda di tepi pantai bersama adik iparnya, Fairus Ibrahim, 24.
Bagaimanapun, arus deras kemudiannya membawa Ghapar ke tengah laut sebelum hilang.

Ketika kejadian, isteri mangsa, Amizah Mohd Zain, 25, berada di tepi pantai tidak jauh dari lokasi Ghapar dilaporkan lemas.

Usaha orang ramai yang berada di kawasan berdekatan untuk menyelamatkan mangsa, tidak dapat dilakukan kerana risiko ombak terlalu besar.

Sebelum itu, mangsa difahamkan mengajak isteri dan empat adik-beradik iparnya untuk berkelah di pantai berkenaan.

Mangsa dikatakan baru sehari tiba di Dungun untuk menziarahi bapa mentuanya yang sakit dan dalam proses untuk mencari kerja di sini.

Amizah isteri mangsa, berasal dari Nibong Stesen Dungun, kini sedang mengandung anak sulung selepas mendirikan rumah tangga empat bulan lalu.

Ulasan