Pemuda Terengganu Sumbang RM15K

KUALA TERENGGANU – Bencana banjir yang melanda negeri Terengganu dan dianggap paling besar dalam sejarah sejak lebih 40 tahun lalu telah menarik simpati pelbagai pihak termasuk Pemuda PAS Terengganu.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) turut menyampaikan sumbangannya sebanyak RM15,000 kepada Dewan Pemuda PAS Kemaman dan Jabatan Amal Malaysia negeri Terengganu bagi menjaya operasi bantuan banjir.

Ketuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata komitmen Pemuda PAS tidak pernah luntur dalam kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan.

Justeru, katanya kerahan tenaga pemuda akan dilaksanakan mengikut peringkat-peringkat kawasan bersama dengan anggota jabatan amal.

“Hari ini, kami (Pemuda PAS) memberi sumbangan negeri kepada Pemuda Kawasan Kemaman dan Jabatan Amal Terengganu untuk melaksanakan operasi kerja-kerja bantuan banjir di Kemaman.

“Kami (Pemuda PAS) sentiasa komitmen dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan dan kebajikan untuk rakyat seluruhnya,” jelas Ustaz Kamaruzzaman.

Beliau berkata demikian selepas menyampaian sumbangan Pemuda PAS Terengganu kepada Pemuda PAS Kemaman dan Jabatan Amal Terengganu melalui Dana Taawun yang diwujudkan itu.

Menurutnya, sumbangan orang ramai masih diperlukan oleh Pemuda PAS negeri bagi melaksanakan kerja-kerja kebajikan yang mendatang.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiasaha Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nasir Abdul Razak, Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda Terengganu, Ustaz Ramlan Mahmood dan Pengarah Jabatan Amal DPPNT, Ahmad Sauji.

Ulasan