PMR ; PAS Ucap Syukur dan Pohon Kesabaran

Ketua Penerangan PAS Terengganu yang baru YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mengucapkan syukur kepada Allah dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anak-anak yang berjaya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
“Kita ucapkan syukur kepada anak-anak dan keluarga yang telah menjulang kecemerlangan dalam PMR.

“saya juga berdoa agar Allah mengurniakan kesabaran kepada pelajar-pelajar yang tidak mencapai keputusan yg dicita-citakan,”katanya
Beliau berkata, apa yahg penting adalah sentiasa ingatkan bahawa Allah, kerana Allah maha mengetahui segala rahsia dan hikmat di sebalik takdirnya.
Belisu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikannya selaku mantan Oetua Pemuda PAS negeri Terengganu yang diadakan disebuahbrestoran di Kuala Terengganu semalam.
Di samping itu, beliau mengharapkan agar pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang agar melipatgandakan usaha untuk kenerlangan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula.
“saya harap pelajar cemerlang tersebut tingkatkan usaha dan terus memacukan ke arah kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM pula,”katanya.
Selaku ADUN Bukit Payong, Marang, beliau menggesa kerajaan menyediakan tempat menyambubg belajar yang sepatutnya dan secukupnya kepada para pelajar cemerlang, termasuk anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2013.
Katanya, persekitaran yang kondusif (menyumbang) dan kemudahan pembelajaran yang lebih baik InsyaAllah akan meningkatkan daya fikir pelahar yang cemerlang itu mengekalkan bahkan meningkatkan kecemerlangan yang berulang dan berterusan.

Ulasan