KEMAMAN – Akibat banjir yang melanda dua pertiga bandar Chukai pada awal bulan ini, sungai Limbong yang terletakk ditengah-tengah Bandar itu,menjadi cetek dan sempit.
Longgokan pasir dan bahan buangan, mewujudkan pulau-pulau kecil di tengah alor sungai itu, yang sebelumnya menjadi pintu, masuk dan keluar para nelayan.
Kira-kira 40 orang nelayan kecil menjadikan sungai yang berkeluasan 40 kaki lebar dalam 10 kaki dalam sebagai laluan untuk memancing, memasang bubu darat dan mencandat sotong.
Sejak banjir melanda 3hb Disember lalu, mereka hilang ‘punca pendapatan’ kerana tidak dapat turun ke laut.
Seorang daripada mereka, Zulkifli Abdullah, 44, berasal dari kampong Mak Cili berkata, beberapa orang rakannya telah berjumpa dengan pihak berkuasa, mengadu tentang masalah yang dihadapi.
Malangnya, kata beliau, mereka pulang pulang hampa, apabila pihak berkenaan mengatakan tidak ada peruntukan untuk kerja-kerja mendalamkan dan membersihkan sungai Limbong.
“beberapa orang kawan dah pergi jumpa dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tapi dia kata tak ada peruntukan untuk buat kerja,
“jadi payahlah sikit kami nak selesaikan masalah itu,”ujarnya.
Rakannya, Mohd Shah Mohammad, 40, dari Kampung Gong Pauh, turut kesal kerana pihak kerajaan tidak berusaha bagi membolehkan mereka turun ke laut untuk ‘cari makan’.
“kita dah lah susah, kena banjir, rumah dan alat-alat habis semua, lepas banjir nak ‘cari makan’ seringgit dua, nak pergi ke laut tapi tak boleh,
“apa yang susah sangat untuk belanja beberapa ribu……….JPS sendiri pun ada ‘excavator’ untuk masuk sungai dan buang sampah-sampah tu,”ujarnya kesal.
Oleh itu, menurut Mohd, mereka telah bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat dan memohon pertolongan supaya masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin.
Haji Hanafiah berkata, beliau telah memanggil satu perjumpaan dengan para nelayan terbabit sebaik dimaklumkan tentang masalah sungai Limbong itu.
“dalam perbincangan itu, kita………..saya dan para nelayan setuju untuk sama-sama menyumbang sikit seorang, yang mana boleh menyumbang lebih, boleh…..yang tak boleh dan tak mampu tak apa,
“jadi selepas dikumpulkan semuanya boleh RM2000, kemudian saya cari beberapa kawan lain yang boleh membantu, pihak PAS Chukai juga beri sumbangan supaya dapat dikorek dan dibersihkan sungai tu segera,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi, selepas selesai kerja-kerja membersih dan mendalamkan sungai itu yang berlangsung selama 3 hari sejak 20 Disember.
Menurutnya, sebanyak RM5000 telah dibelanjakan bagi menyewa ‘excavator’, lori bagi mengangkut sampah dan lain-lain keperluan.
Beliau mengkritik Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said selaku warga Kemaman sepatutnya ‘cakne’ dan mengambil perhatian kepada kesusahan yang berlaku kepada rakyat setempat.
“(Dato’ Seri) Ahmad Said orang Kemaman, sepatutnya sebagai Menteri Besar dia peka, tapi sebaliknya……..datang waktu banjir hanya sekadar datang sahaja, itu pun sudah surut air, baru datang jenguk rakyat,
“bukan dia tak tahu, selepas banjir banyak masalah, banyak benda rosak dan perlu dibaiki,”tegas Hanafiah.
Beliau menyarankan supaya dalam keadaan kecemasan dan bencana seperti banjir yang melanda, pihak pentadbir perlu memudahkan ‘prosedur’ dan meminimakan karenah birokrasi .
Katanya, bantuan perlu disalurkan segera, diskriminasi dan pilih kasih tidak akan mendatangkan keuntungan kepada sesiapa, ketika masa kritikal.

Ulasan