Terima Kasih PJ Selangor, Perantau Dan PAS Serdang

KUALA TERENGGANU – Kelab Kakitangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (Kebap) mengucapkan terima kasih kepada Pesuruhjaya PAS negeri Selangor, YB Iskandar Abdul Samad dan Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang banyak membantu program Hari Keluarga Kebap.
Pengerusi Kebap YB Ustaz Ariffin deraman berkata, bagi pihak keluarga Kebap berdoa agar segala jasa baik dan bantuan baik dari segi tenaga dan wang ringgit menjadi amal soleh yang diberi ganjaran oleh Allah SWT.

“saya selaku Pengerusi Kelab Kekitangan Badan Perhubungan PAS Terengganu mengucapkan JazakumuLlah khairal Jaza’ khususnya kepada Peuruhjaya PAS Selangor YB Iskandar dan seluruh anak-anak Terengganu di Perantauan,
hari keluarga kebap1“yang memberikan ‘hospitaliti’ kepada warga Kebap dalam melaksanakan program hari Keluarga Kebap di Lembah Kelang pada 19 hingga 21hbb Disember,”ujarnya.
Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat sangat berbesar hari kerana YB Iskandar yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah turun sendiri dan makan pagi bersama rombongan Kebap masjid Ridzuan Hulu Kelang.
Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan tidak terhingga kepada PAS Kawasan Serdang yang menyediakan jamuan dan premis bagi malam anugerah kemerlangan anak-anak Kebap.
“saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada PAS Kawasan Serdang yang menyediakan premis serta menyediakan jamuan,
“bagi majlis anugerah kecemerlangan anak-anak Kebap, sesungguhnya ia merupakan ‘budi’ yang luhur, yang merapatkan saf ukhuwah dalam jamaah PAS,”ujarnya.
hari keluarga kebap2Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pertemuan dengan Perantau di persinggahan akhr rombongan Kebap, di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Menurut Ariffin yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, program anugerah kecemerlangan anak-anak Kebap adalah program tahunan yang diadakan bagi mengiktiraf kejayaan yang diperolehi oleh anak-anak.
Ia juga katanya, merupakan medan motivasi kepada kakitangan PAS Terengganu yang menyuburkan budaya ‘bersaing’ dan berlumba-lumba dalam mencipta kejayaan.
Turut sama dalam rombongan Kebap adalah Penolong Setiausaha 1 Ustaz Zakaria Dagang dan Penolong Setiausaha 2 Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria.

Ulasan