Fatwa Songsang Harussani; Pemuda Terengganu Buat Tujuh Laporan

besut report harussani1KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dan tujuh Pemuda PAS kawasan membuat laporan polis serentak terhadap kenyataan ‘fatwa’ songsang Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.


Bermula jam 10.30 pagi tadi, kesemua Dewan Pemuda PAS kawasan masing-masing di Terengganu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun kecuali Kemaman akan dibuat pada 11 Januari ini.

setiu  report harussani1Manakala, Pemuda PAS Terengganu dan Pemuda PAS kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus serta Setiu membuat leporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Ketuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menyifatkan kenyataan Tan Sri Harussani menggelarkan rakyat yang berhimpun secara aman di ibu negara itu sebagai “Bughah” menyebabkan ‘saham’ Mufti Perak tersebut merudum.

Ini kerana, katanya gelaran bughah tersebut tidak menepati tiga syarat yang membolehkan hukuman tersebut dikeluarkan.

k nerus report harussani1
“Pertama, mesti ada kerajaan Islam. Tapi, Malaysia memang sejak dari Tunku Abdul Rahman hingga kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak keluar kenyataan Malaysia bukan Negara Islam tapi sebuah kerajaan sekular.

“Kedua, bughah itu mestilah keluar dengan bersenjata. Jadi, mereka (rakyat) yang keluar pada malam sambutan tahun baru di Dataran Merdeka itu tidak ada senjata pun yang dibawa oleh rakyat dan ini telah disahkan oleh pihak polis sendiri gambar (orang) yang cedera dan bawa parang itu bukan pada malam tersebut.

h trg report harussani1“Ketiga, pemimpin Negara Islam itu mestilah mempunyai syarat-syarat untuk (layak) sebagai khalifah. Jadi ketiga-tiga syarat itu tidak ada dan tidak layak untuk digelar ‘Bughah’ oleh Mufti Perak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis tersebut bersama tiga Dewan Pemuda PAS kawasan lain di IPD Kuala Terengganu, hari ini.

Menurutnya, ucapan mufti yang tidak tepat itu menyebabkan merudum ‘saham mufti’ itu sendiri hingga pandangan rakyat jadi terpesong.

Hadir sama di IPD Kuala Terengganu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nasir Abdul Razak

dungun report harussani1Di Besut laporan polis dibuat oleh ketuanya Mohd Zukri Jusoh, Ustaz Helmi Harun di Hulu Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim di Kuala Nerus, Syeikh Muhamad Hanafi di Dungun), Ustaz Wan Mohamad Faizol Wan Abas di Kuala Terengganu, Zaidan Abdullah di Setiu dan Aswadi Mohamad di Marang.

Ulasan