Gulai Kawah ‘Daging Kuda’ Tarik 500 Penyumbang

IMG-20140104-WA0018DUNGUN – Jamuan ‘sambil menderma’ Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Rantau Abang dengan hidangan istimewa ‘gulai kawah kuda’ Berjaya menarik 500 orang penyumbang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang YB Haji Alias Harun mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut.

“Terima kasih kepada penderma pada program Jamuan Sambil Menderma selepas solat Jumaat di Masjid Pulau Serai sebentar tadi,

“hidangan istimewa lauk “gulai kawah kuda” berjaya menarik kehadiran hampir 500 orang,”ujarnya ketika di temui di lokasi program, perkarangan masjid Kampung Pulau Serai pada Jumaat 3 Disember.

Menurutnya, kuda yang disembelih adalah sumbangan seorang ‘Datuk’ yang memiliki ladang kuda di Kampung Wa, Jerangau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada petugas terutama daripada cawangan PAS Kampung Pulau Serau, Muslimat dan Pemuda DUN Rantau Abang serta petugas daripada cawangan-cawangan.

Sebanyak RM4,000 telah dapat dikumpulkan daripada sumbangan orang ramai dan menurutnya, ia akan digunakan bagi pengurusan Pejabat MTD Rantau Abang dan juga membiayai program-program kebajikan serta kemasyarakatan kepada penduduk sekitar DUN Rantau Abang.

Ulasan