Haji Ghazali Sulaiman SU Baharu Dungun

DUNGUN – PAS Kawasan Dungun telah memutuskan, melantik Haji Ghazali bin Sulaiman sebagai Setiausaha yang baharu, mengantikan Arrifin bin Muhammad yang mohon melepaskan Jawatan Setiausaha PAS Kawasan Dungun yang disandang sebelum ini.

“Saya selaku Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun, bersama Jawatankuasa Pas Dungun yang bermesyuarat pada 11 Januari 2014,

“dengan berat hati menerima Permohonan Arrifin Muhammad untuk melepaskan Jawatan Setiausaha Pas Kawasan Dungun seperti Notis yang dikemukakan kepada saya melalui sepucuk surat bertarikh 24 Disember 2013,”ujar YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly.

Beliau berkata, setelah meneliti segala alasan yang dikemukakan, dan kami Jawatankuasa memutuskan senerima perletakan jawatan tersebut.

 Wan Hassan, yang juga Ahli Parlimen Dungun mengucapkan ribuan terima kasih sepanjang perkhidmatan beliau kepada Pas Kawasan Dungun dan kepada Jamaah ini sebagai satu amalan dan diterima Allah SWT.

Ulasan