Ikhwan Perlukan Kerusi Roda Baru

ikhwan kerusi rodaDUNGUN – Penderitaan seorang pemuda yang dipotong kaki sehingga paras punggung akibat kemalangan sejak lebih 10 tahun lalu semasa BELIAU masih bersekolah menengah, mendapat perhatian Adun Rantau Abang, YB (Cikgu) Hj Alias Harun.

Pada kunjungan YB Cikgu Alias ke rumahnya di Kampung Seberang Pintasan, dekat sini, Khairul Ikhwan Ariffin 28, memohon untuk mendapatkan sebuah kerusi roda khas dan barangan keperluan lain yang berkaitan.

“sumbangan kerusi roda itu akan dapat miembantu Ikhwan bergerak selain memudahkan keluarganya membawanya mendapat rawatan susulan ke Hospital Dungun.

“Saudara Ikhwan adalah seorang yang tabah dan berdikari, diharap bantuan ini akan meringankan beban yang ditanggung Ikhwan sekeluarga,” kata Cikgu Alias.

Sementara itu, Ikhawan berharap impiannya untuk memiliki kerusi roda baru itu akan tercapai.

Katanya, kerusi roda sebelum ini sudah rosak dan pelapik tempat duduknya sudah tidak selesa untuk digunakannya.

“Kerusi roda ini akan memudahkan pergerakan saya. Sebelum ini, saya memang ada sebuah kerusi roda tetapi sudah rosak dan pelapik kerusi tersebut tidak selesa dan mengakibatkan punggung melecet,” jelas Ikhwan ketika ditemui.

Menurut Ikhwan kedua kakinnya terpaksa dipotong setelah terlibat dengan kemalangan semasa sekolah menengah.

“Pada mulanya hanya sebelah kaki yang dipotong tetapi jangkitan kuman yang berlaku terpaksa dipotong kedua-dua belah kaki sehingga paras peha.

“Tetapi pada tahun 2012 kaki saya terpaksa dipotong sehingga ke paras punggung akibat jangkitan kuman yang tidak dapat dielak.Sekarang saya bergerak dengan menggunakan punggung dan Insya Allah jika ada kerusi roda khas tersebut dapat saya menggunakan untuk lebih mudah pergerakan,”ujarnya lagi.

Pihak Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang merayu kepada semua yang cakna dan prohatin agar dapat menghulurkan sumbangngan bagi membeli kerusi roda tersebut.

Cikgu Alias berkata, Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad -MTD PAS RANTAU ABANG no akaun 130440-100-24711.

Beliau mendahulukan ucapan ribuan terima kasih kepada mana-mana pihak yang menyumbang dan diharap dapat menghubungi pihak Lujnah Kebajikan Jamaludin Ismail pada talian 019-9836202 untuk sebarang pertanyaan.

Ulasan