Isu Pecat Guru KAFA; Pemuda PAS Akan Bertemu Pengarah YIT

kamaruzzaman abdullah1KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memandang serius isu melibatkan sejumlah guru-guru KAFA yang dilaporkan ditamatkan kontrak tanpa alasan kukuh.

Oleh itu, Ketua DPPNT Ustaz Kamaruzzaman Abdulah berkata, satu pertemuan akan diadakan diantara DPPNT dengan Pengarah Yayasan Islam Terengganu pada Isnin, 6 Januari 2014 bagi mendapatkan penjelasan.

“Sepucuk surat segera bertarikh hari ini (semalam 2 Disember), telah dihantar kepada Pengarah Yayasan Islam Terengganu bagi memaklumkan perkara tersebut,

“(perbincangan) mengenai Surat YIT yang menyebut Notis Tidak Sambung Perkhidmatan Sebagai Guru KAFA Yayasan Islam Terengganu.

Katanya, DPPNT amat prihatin di atas permasalahan dan kesulitan yang dihadapi oleh para guru KAFA terlibat dan menuntut penjelasan sewajarnya diatas tindakan yang dilakukan oleh pihak YIT dan menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.

“DPPNT menegaskan agar YIT yang merupakan antara badan agama terbesar di Terengganu mestilah memastikan keadilan sewajarnya kepada para guru KAFA dengan menarik balik penamatan dan pemecatan guru-guru KAFA tersebut,”katanya

Ulasan