DUNGUN – Setelah hampir 24 jam operasi mencari dan menyeiamatkan akhirnya berjaya menemui mayat mangsa.
Mangsa, Mohd Saiful Azwan bin Mohamad, 16 tahun dilaporkan lemas di kawasan rekreasi Lubuk Salor, Kampung Syukor jam 12.30 tengah hari semalam. Pasukan Penyelamat Bomba dengan bantuan penduduk tempatan berjaya menemui arwah sekitar jam 11.00 pagi tadi.
Ketika lawatan ziarah Pengarah MTD Bukit Besi, Tuan Haji Ghazali Sulaiman ke lokasi tempat kejadian petang semalam, suasana sedih menyelubungi ahli keluarga mangsa dan rakan-rakan arwah.
Rombongan MTD tersebut berkesempatan mendengar taklimat operasi menyelamat yang disampaikan oleh pegawai bomba. Kekuatan jentera penyelamat yang diketuai oleh 15 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dibantu oleh PDRM, 5 anggota dan JPAM, 4. Operasi tersebut terpaksa ditangguh pada jam 6.30 petang kerana faktor cuaca.
Arwah merupakan atlet harapan SKM Durian Mas. Ketika diberitahu oleh guru beliau, arwah bakal mewakili sekolah dalam acara olahraga pada 30/1/2014 yang akan diadakan di daerah Kemaman. Arwah yang juga pelajar tingkatan 4 disifatkan seorang yang peramah dan mudah mesra dalam pergaulan.
Ketika tinjauan di Tanah Perkuburan Bandar Al Muktafi Billah Shah petang tadi, Ramai rakan-rakan dan guru SMK Durian Mas yang hadir memberi penghormatan terakhir. Jenazah telah disolatkan di Masjid Sultan Mahmud selepas solat asar.
Berkata Haji Ghazali ketika ditemui di tanah perkuburan tersebut,” Buat anak-anak pelajar, saya nasihat agar patuh kepada nasihat mak ayah dan para guru, dimana pun kite berada faktor keselamatan perlu kita patuhi sebaik mungkin.” ujar beliau.
Tambah beliau, para ibu bapa seharusnya memantau aktiviti harian anak mereka agar kejadian yang tidak diingin terhindar.

Ulasan