Masyarakat Tionghua Lebih Rapat Dengan PAS

Rantau Abang Bagi Limau1DUNGUN – Masyarakat kaum Tioghua yang tinggal di kawasan Dewan Udangan Negeri (DUN) Rantau Abang kini lebih terbuka dan lebih mesra apabila mereka mengenali PAS dengan lebih rapat.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun berkata, penerimaan mereka lebih positif berbanding sebelum Pilihanraya Umum Kali Ke-13 (PRU-13).

“Berbanding sebelum pilihanraya PRU 13 ada beza, nampak ada kemesraan yang telah terjalin.

“Kita berharap masyarakat Cina (Tionghua) akan lebih mengenali PAS dalam mendepani isu-isu dan permasalahan rakyat terutama di daerah Dungun, “katanya ketika semasa program ditemui kepada agihan sumbangan buah limau di sekitar Bandar Dungun di sini, semalam Ahad 19 Januari.

Rantau Abang Bagi Limau2
Kunjungan ‘mahabbah’ Ahli Dewanb Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu, diiringi oleh Pengerusi Lujnah Dakwah, Kesenian & Kebudayaan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun, Puan Serena serta wakil Dewan Himpunan penyokong PAS Terengganu ( DHPP ) Lu Chee Ann.

Cikgu Alias turut menyatakan kekesalan kerana kerajaan sanggup membelanjakan peruntukan yang banyak bagi menghantar ADUN Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said menyertai delegasi ke Antartika.

Katanya, Ahmad Said yang juga Menteri Besar Terengganu tidak ada kaitan langsung dengan bidang kajian sebagaimana yang dilaporkan pihak media.

“saya kesal kerana wang hasil cukai rakyat dibelanjakan tanpa sebarang rancangan teliti…….ia sepatutnya dikembalikan kepada rakyat,

“Ahmad Said bukannya seorang saintis dan wang yang banyak itu boleh menampung untuk membantu keluarga miskin dan yang memerlukan dalam keadaan rakyat Terengganu yang dihimpit dengan kenaikan kos kehidupan,”jelasnya.

Menurutnya, program agihan buah limau sempena sambutan Tahun Baru Cina merupakan program tahunan yang telah dianjurkan pihak MTD Rantau Abang sejak lima tahun yang lalu.

Katanya, 60 kotak limau Mandarin dihadiahkan kepada kira-kira 60 buah kedai kaum Tionghua yang dilawati, menjelang Tahun Baru yang akan disambut oleh mereka pada minggu hadapan.

Ulasan