Mungkin Ahmad Said Akan Bawa Balik Seekor Beruang ‘Polar’?

KUALA TERENGGANU – Keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional untuk menghantar Menteri Besar (MB) Terenggan Dato’ Seri Ahmad Said ke benua Antartika dipersoal oleh rakyat.

Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) Ahmad Amzad Hashim berkata, Ahmad Said bukan saintis yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat, penglibatan ‘orang politik’ akan merencatkan kelancaran misi yang dianggap besar oleh kerajaan itu.

“Saya rasa kalau betul pun ekspedisi ini nak dibuat, hantar saja ahli-ahli sains dan mesti dibiayai oleh Kementerian yang berkenaan.

“Penghantaran watak-watak politik hanya akan menganggu kelancaran tugas saintifik berkenaan dan biasanya meningkatkan kos,”ujarnya.

Katanya, MB Terengganu mempunyai ‘rekod lampau’ yang sangat diragui dalam perlaksanaan projek-projek yang melibatkan ratusan juta ringgit wang rakyat.

Bukan sahaja perbelanjaan yang begitu besar dipersoalkan bahkan banyak projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dibawah pimpinan Ahmad Said melanggar peraturan.

“MB Terengganu banyak buat projek yang diragui sama ada (tidak) disempurnakan Kajian Alam Sekitar dan kajian yang sepatutnya dlm projek skala gergasi yang menjejaskan sungai utama negeri misalnya penimbusan besar-besaran di muara sungai Terengganu yang menyempitkan aliran sungai,

“Begitu juga projek Pulau Bebas cukai yang (melibatkan kos) ratusan juta diragui telah disempurnakan kajian berkenaan,”jelas Amzad.

Belia juga berkata, MB Terengganu bukan watak yang ‘ikonik’ dari segi ketelusan dan tidak bersikap hati-hati dalam pemuliharaan alam sekitar dan pematuhan peraturan berkaitan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah turut dengan sinis mengkritik keputusan kerajaan tersebut.

“Mungkin dia akan bawa balik seekor ‘polar bear’ (beruang Polar)……….zoo di Kemaman yang dia bina berjuta ringgit tu masih ada ruang lagi,

“mudah-mudahan kita boleh belajar dari ‘polar bear’ bagaimana nak minta salji turun bukan hujan banjir saperti berlaku di kemaman baru ni !

“Salji akan jadi daya tarikkan pelancong kan…….. Tahun 2014 Tahun Melawat Malaysia!,”ujarnya spontan

Ulasan