KUALA TERENGGANU – Nasib yang menimpa para peniaga Pasar Besar Kedai Payang semakin tidak menentu menghadapi saat getir dalam sejarah, pasar yang sepatutnya menjadi warisan kepada negeri Terengganu.
Dalam pada Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said yang tetap berkeras mahu merobohkan pasar tersebut, seorang peniaga Cina Toh Yong Teng yang ditemui meluahkan keadaan sebenar, peniaga pasar yang pernah menjadi nadi kepada kehidupan warga bandaraya Kuala Terengganu.
“Kita berniaga semakin lama, semakin kurang gini lah……. orang kurang sampai (sebab) sekarang ‘supermarket’ merata- rata dah.
“Dia (supermarket dan hypermarket) ada jual semua benda. Jadi kat pasar ni (Pasar Payang) jadi kuranglah orang sampai,”ujarnya yang mendakwa telah berniaga di pasar itu sejak 30 tahun lalu.
Berhubung dengan cadangan kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun depan, beliau pasrah menyerahkan nasibnya kepada keadaan.
“ni aku ingat, tak tahulah nak kata apa………. sampai masa tengok sajalah. Sekarang memang kurang dah orang beli (membeli). Doh (kerana) orang jimat belaka.
“Kita buat (bawa) masuk barang pun sikit lah………..penjual (peniaga) hok (yang sudah) tua kena tunggu situ je lah. Buang masa situ je,”katanya.
Katanya, beliau sendiri tidak dimaklumkan bagaimana perancangan sebenarnya perancangan kerajaan negeri terhadap Pasar tersebut dan masih ‘kabur’ tentang masa depan para peniaga yang mencari rezeki disitu.
“Tak tahu bagaimana situasi pasar payang…………sampai masa dia nak (suruh) pindah, pindah saja lah. Tu kuasa dia, kita nak buat apa lagi?
“Saya 30 tahun dah jual kat pasar payang ni. Dulu dengan sekarang memang banyak beza lah. Dulu ramai orang mari, sekarang kohor sikit,”katanya.
Menurutnya, keadaan pasar tersebut lengang pada hari-hari biasa kecuali pada hari-hari cuti persekolahan.
“Naik pasar, tengok terang je (tidak ada pelanggan), tiada orang. Musim cuti je nampak ada orang sikit. Kalu tak, senyap gitu je,”katanya dengan nada kesal.
Beliau juga mendakwa tidak dimaklumkan oleh pihak kerajaan tentang apa-apa pembangunan yang dilaksanakan sekitar pasar tersebut, termasuk penambunan kawasan pinggir sungai Terengganu.
“Pasir hok tambun kat jalan tu kerajaan kata dia nak buat jalan, tapi tak tahu lagilah. Kena tunggu siap baru kita tahu.
“Kalaulah dia rombak pasar, kita tak tahulah apa yang jadi pada kita nya. Tengok dulu lah. Masing masing peniaga pun duduk senyap gitu ja.
“Kita pakat tunggu dan lihat ja. Nak jual jual pun dulu boleh lah ramai orang. Masuk barang pun banyak. Sekarang masalah tiada orang mari sini,”tambahnya.

Ulasan