DUNGUN – Hasil siasatan awal polis mendapati, kanak-kanak perempuan yang ditemui mati, pernah hilang dan dilaporkan oleh ibunya kepada polis pada 18 Januari, 2014.
Dalam laporan tersebut menyatakan kanak-kanak tersebut telah hilang pada 17 Januari, jam 7.30 malam ketika ditinggalkan di dalam kereta kerana ibunya pergi berjumpa dengan kawannya di hadapan Restoran Ikan Bakar, Kuala Paka, Paka.
Mangsa, Nursyafiqah Adawiyyah Binti Abdullah berumur 2 tahun, ditemui di sebuah rumah beralamat Lot 8428 Taman Permint Sri Paka, Fasa 2, Paka, Dungun, Terengganu.
Mayatnya ditemui dalam separuh bogel oleh seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan itu kira-kira 3.30 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K.Manoharan berkata, ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.
Katanya curiga dengan bau itu, dia bertindak masuk ke dalam rumah berkenaandan menemui mayat kanak-kanak itu di dalam bilik air rumah tersebut.
“Ketika ditemui, mayat dalam keadaan terbaring di lantai bilik air manakala masih terlekat kesan darah dan pakaian yang dipakai terangkat ke bahagian atas,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa 21 Januari.
Beliau berkata, mangsa dipercayai sudah mati lebih dari 24 jam berdasarkan keadaanmayat yang telah kembung dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Dalam kejadian itu, bapa saudara Nursyafiqah telah mengesahkan bahawa ia adalah anak saudaranya dan juga berdasarkan baju gaun yang dipakai semasa dijumpai.
Hasil siasatan pasukan forensik ditempat kejadian menyatakan, tempat kejadian merupakan rumah banglo lot sudut yang mempunyai 5 bilik dan 2 bilik air.
Rumah tersebut tidak berpenghuni dan masih dalam proses penyerahan kunci kepada pemilik.
Mangsa ditemui berada dalam keadaan terlentang, tanpa memakai seluar dalam mahupun lampin.
Walaupun pemeriksaan fizikal mangsa dapati tiada sebarang kecederaan tetapi kemaluan dapati dipenuhi dengan darah.

Ulasan