Penindasan dan Kezaliman Akan Menjadi Satu ‘Noktah’ Kepada Umno dan BN

street dakwah1KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, rakyat akan mula ditindas dan dizalimi sebaik tahun baru 2014 bermula, dengan kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata, ibu bapa terpaksa menanggung kos pendidikan anak yang tinggi selepas membayar kos membeli peralatan sekolah yang meningkat.

“bermula esok hari (1hb Januari), kita akan ditindas, kita akan dikejami untuk meneruskan kehidupan. Rakan-rakan kita yang memiliki anak berdepan dengan bayaran yang terlalu tinggi,

“dengan kos pendidikan yang tinggi, persiapan untuk melalui proses menyediakan peralatan persekolahan anak-anak terlalu tinggi,”jelasnya.

 Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan kepada khalayak di Taman Shahbandar dekat sini, pada program Ekspedisi Dakwah pada malam ambang 2014.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengajak semua pihak khusus para pemuda untuk mengambil tanggungjawab membela rakyat yang menjadi mangsa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Maka (marilah) kita bersama-sama untuk melakukan pembelaan kepada seluruh rakyat dan tanggungjawab ini disandang oleh kita semua.

“Oleh kerana itu, (sambutan) malam ini (kita harap) dia tak terlalu rancak di Taman Shahbandar, sebahagian (dari kita akan berada) di Batu Burok, dan sebahagian lagi akan ke kawasan belakang Kampung cina,

“kita akan ke sana untuk sebar risalah dan kita bersuai kenal dengan rakyat negeri Terengganu,”ujarnya.

Beliau berharap, pemuda PAS akan mendampingi rakyat ‘akar ubi’, dan menjadikan PAS sebagai parti politik yang rapat dengan rakyat dan membela rakyat .

Dalam perkembangan yang sama, Bendahari DPPNT Ustaz Hilmi Harun berkata, kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN akan terserlah jua, walaupun mereka cuba menutup segala kejahatan itu dengan ‘sedikit’ kebajikan.

“seluruh media,media elektronik media cetak semuanya berada di tangan mereka. Setiap tindakan yang zalim mereka buat terhadap rakyat dalam masa yang sama, mereka memperlihatkan kebajikan yang mereka lakukan,

street dakwah2“tetapi sebaliknya penindasan yang semakin dirasa (oleh rakyat) sedikit demi sedikit, penindasan ini dapat dihidu dan dapat dilihat oleh kita semua,”tegasnya.

Ustaz Hilmi yang juga ADUN Manir menyeru seluruh rakyat agar bergabung tenaga membentuk jaringan menentang kerajaan yang zalim dengan penuh keikhlasan.

Katanya, Allah telah mendedahkan, siapakah sebenarnya yang ikhlas membantu rakyat dalam peristiwa bencana banjir yang melanda daerah Kemaman pada awal bulan lalu.

“dengan gabungan jaringan tenaga yang kita berikan ini, akan diberi oleh Allah SWT sesuatu kekuatan yang luar biasa. Dan baru-baru ini berlakunya, banjir yang teruk di kemaman dan Allah Taala berikan kekuatan dengan gabungan jaringan tenaga yang kita ada,

“rakyat kemaman dapat melihat bagaimana orang-orang kita membantu dengan seikhlas hati, tentera-tentera merah yang berlegar yang disebut-sebut oleh orang Kemaman membantu mereka,
“ini adalah satu tamparan yang hebat kepada kerajaan Malaysia khususnya kerajaan negeri Terengganu,”katanya.

Katanya, rakyat perlu meletakkan ‘noktah’ kepada perjalanan hidup Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum kali ke-14 yang akan datang.

“Kita merasakan di sana (Kemaman) bahawa rakyat telah sedar, (dan) Kita mengharapkan mereka telah sedar dan mereka tidak lagi ditipu oleh kerajaan.

“Kita mengharapkan (keadaan) sebegini adalah suatu noktah, kepada perjalanan Umno dan Barisan Nasional,”tambahnya.

Ulasan