MARANG – “Terima kasih Yang Berhormat,”itulah kata-kata yang diucapkan oleh Sin Kun Huan, 65 seorang penerima buah tangan dari ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berkunjung ke rumahnya, sempena kedatangan hari besar, Tahun Baru Cina.
Warga emas yang juga seorang peniaga itu, telah lama tinggal di Bukit Payong, dikunjungi Oleh Ustaz Mohd Nor bersama rombongannya yang terdiri dari Pengerusi Lujnah Perpaduan Mohd Nasir Ismail serta beberapa Ahli Jawatakuasa Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Payong.
Kedai Kun Huan yang yang terletak di pekam Bukit Payong menjalankan perniagaan alat ganti motosikal diwarisinya dari mendiang ayahnya, dan telah beroperasi selama lebih 60 tahun.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri Terengganu mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Tionghua dinana jua mereka berada khususnya di negeri Terengganu.
“Selamat Tahun Baru China khusus untuk warga Tionghua di Dun bukit payong dan seluruh di negeri Terengganu, kita meraikan bersama perayaan mereka untuk mengeratkan lagi persaudaraan kovensional,
“dan merapatkan lagi hubungan perkauman walaupaun kita berbeza dari sudut agama dan etnik,”Ujarnya ketika ditemui selepas menziarahi warga Tionghua dan mengagihkan buah limau mandarin disekitar pekan Bukit Payong disini pagi ini Kamis 30 Januari.
Katanya, dengan kunjung mengunjung diantara kaum membuktikan PAS sebagai parti yang mengamalkan prinsip-prinsip Islam turut ‘tumpang gembira’ bersama kaum Cina yang telah diiktiraf melalui perlembagaan sebagai warganegara dan menjadi satu rumpun yang membentu bangsa Malaysia.
Beliau berkata, Islam telah berada di kalangan bangsa Cina sejak ribuan tahun dahulu dan tidak timbul sebarang masalah.
“bahkan ramai pembesar dan orang-orang termasyhur dalam sejarah dunia dari negara Cina adalah di kalangan orang Islam seperti Laksmana Chebg Ho yang belayar dengan armada besar ke negeri Melaka,”jelasnya.
Tegasnya, Islam juga tidak pernah mengajar penganutnya bersikap sntimen perkauman atau ‘rasis’ walau pun berbeza agama bukan seperti yang ditunjukkan oleh parti-parti perkauman dalam Barisan Nasional seperti Umno, MCA dan MIC.

Ulasan