Sokongan Orang Cina Bandar Terus Bersama PAS dan Pakatan Rakyat

IMG-20140130-WA0062KUALA TERENGGANU – Masyarakat Tionghua yang membuat perubahan pada Pilihanraya Umum Kali Ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu masih dalam ‘mood’ yang sama dan akan meneruskan sokongan, memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Kesempatan menziarahi para peniaga kaum Tionghua menjelang sambutan Tahun Baru Cina kelmarin menunjukkan kecenderungan orang Cina DUN Bandar terus memihak kepada pembangkang.


Menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed penerimaan kaum Cina amat baik dan begitu mesra.

“Pagi ini kita turun ke premis-premis yang dimiliki oleh orang-orang Cina yang merupakan pengundi-pengundi (DUN) bandar dan kita mengambil kesempatan dibulan Rabi’ulAwwal ini bulan maulid Rasulullah SAW yang bersama juga dengan sambutan tahun baru cina,

“kita bersama-sama dengan Pemuda DUN bandar membahagikan (buah) limau dan kita sama-sama menyampaikan risalah tentang kedatangan dan kehebatan nabi Muhamad SAW,”ujarnya ketika ditemui selepas program terbabit kelmarin, Rabu 29 Januari.

Menurutnya, beliau yakin sokongan masyarakat Cina tidak berubah kerana PAS dan Pakata lebih terbuka berbanding Umno dan Barisan Nasional (BN) yang terus memainkan isu perkauman.

“Kita nampak dari segi sudut penerimaan kaum Cina amat baik dan mereka menyambut dengan begitu mesra……….Kita yakin sokongan daripada orang Cina bersama dengan kita, bersama dengan PAS dan kita mengharapkan Pakatan Rakyat tetap berada di hati mereka,”ujarnya.

Ulasan