Ustaz Ya Dagang Stabil

tmp_IMG-20140109-WA0018-2111228108KUALA TERENGGANU – Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Ustaz Zakaria Dagang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas mengalami kemalangan.

Menurut adik beliau Fakhrul Anwar, kejadian berlaku di hadapan Taman Samudera Seberang Takir ketika Zakaria mahu melintas jalan.
“Dia nak melintas jalan dekat Bukit Tok Beng depan Taman Samudera, ada program minum. pagi dengan Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Ustaz Khairuddin,

“kira-kira jam 8 pagi, tiba-tiba sebuah motosikal datang dari arah lapangan terbang terbabas dan melanggar beliau,”ujar Fakhrul ketika di hubungi.

Menurutnya, Ustaz Zakaria jatuh dan cedera di kepala, kemudian dikejarkan ke hospital.
Sehubungan itu, Dr Kharuddin memaklumkan, Ustaz Zakaria yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir dalam keadaan stabil.

Ustaz Khairuddin berkata demikian selepas menziarahi Zakaria di wad 2B HSNZ.
Turut sama adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Cikgu M Shukrimun Shamsuddin.

Ulasan

GreyHead berkata…
Dalam hal berniaga salah satus sumber mengatakan Dagang Poker juga mendapatkan berbagai pujian hidup yang membuat kita sendiri binggung
bagaimana sebuah situs game kartu seperti DagangPoker mendapatkan akselerasi seperti itu maka dari itu mari kita pelajari lagi lebih dan lebih tentang ilmu berdagang ataupun berniaga.