SETIU – Walaupun masih belum menamatkan pengajiannya, Zakiyah Ahmad,
26, melahirkan rasa syukur kerana telah ‘jatuh cinta’ dengan kerja-kerja
kemasyarakatan dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Beliau merupakan Pengarah Karnival Anak Muda Setiu yang berlangsung sehari suntuk pada Sabtu 1 Februari, di dataran bersebelahan Dewan Sivik Jabi dekat sini.
Program yang julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Nisa’ Kawasan Setiu itu boleh dianggap berjaya walaupun tidak mencapai sasaran peserta seramai 1000 orang.
Beliau berkata, sehingga jam 11.30 pagi itu, seramai 581 orang gadis-gadis muda dari daerah Setiu telah mendaftar sebagai peserta.
“program ini adalah program Karnival anak-anak Muda Setiu dimana kami mengumpulkan anak-anak muda dari Kawasan Setiu untuk berkumpul (bersama) dan
menjalankan aktiviti dan mendapatkan ilmu, lebih kepada ujhuwah pada hari ini,
“setakat kemaskini sehingga jam 11.30 penyertaan kita adalah seramai 581 orang, sasaran kita (ada;ah) 1000 orang tapi sudah (melebihi) separuh dari (sasaran) itu, Alhamdulillah, tapi sekarang asih ada peserta yang mendaftar,”ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Perasian program tersebut.
Menurutnya, antara program dalam Karnival tersebut adalah Ceramah ‘Aku Cinta Dia’ yang berikan pengisian oleh Ustazah Fatimah Syarhah dan Imam Muda Fakhrul yang memberikan kefahaman kepada para remaja, apakah yang dimaksudkan dengan cinta yang sebenar.
“(kira ada) program mula-mula (permulaan) ceramah ‘Aku Cinta Dia’………maksudnya untuk remaja (yang hadir) mereka boleh mmahami cinta yang sebenarnya daripada penceramah (dan) pada sebelah petang pula kita ada banyak aktiviti yang disukai oleh remaja,
“contohnya hijab ( cara memakai tudung)…….gubahan bunga………masakan, (tujuannya) kita nak tarik para remaja supaya apabila mereka menjalankan aktiviti sosial biar menepati syariat dan bermanfaat,”jelasnya.
Tegasnya, ia adalah lebih baik daripada mereka terlibat dengan kegiatan yang tidak sepatutnya.
Oleh itu, beliau menyeru para remaja khususnya gadis-gadis datang dan bekenalan dengan Pertubuhan Nisa’ supaya mereka ‘jatuh hati’ dan menyelami serta merasai keseronokan bersama-sama dengan dengan Nisa’.
Katanya para remaja khususnya dari kawasan Setiu boleh melayari Laman Sosial Peminat Nisa’ (Nisa’ Fan Page) dan memuat turun borang pendaftaran untuk memohon menyertai pertubuhan itu.
Beliau yang berasal dari Kampung Felda Chalok Setiu, sedang dalam tahap akhir menyiapkan Ijazah Doktor Falsafahnya, berharap dapat meneroka lebih lanjut bersama-sama para remaja, bagi merangka program Nisa’ pada masa depan.

Ulasan