Bina Longkang Atas Jalan, Elak Bayar Pampasan Tanah

Oleh Aziz Jusoh
longkang atas jalan2DUNGUN – Penduduk Kampung Baru Kelinik, Kampung Nyior Paka dekat sini merasa hairan, bagaimana pihak kerajaan boleh membenarkan pembinaan sebuah longkang diatas jalan kampung tersebut.

Seorang buruh binaan, Zakaria bin Ismail, 56,  [Gambar kiri] terkilan kerana tudung longkang sepanjang lebih kurang 300 meter, tidak disiapkan dengan sempurna oleh pihak berwajib.

Bapa kepada 5 anak itu mengharapkan pihak yang bertanggungjawab supaya mengambil secepat mungkin kerana ia mengundang bahaya kepada penguna jalan berkenaan.
Menurutnya, sebelum ini sudah dua kali berlaku, dua anaknyamengalami kemalangan terjatuh kedalam longkang tersebut.


“Kejadian pertama berlaku kepada anak saya yang darjah tiga Sekolah Kebangsaan Kampong Nyior bernama Mohd Kabir ketika berbasikal dan mengalami kemalangan,

“pada bulan Januari lepas berlaku pula kepada Nor Aina Safiah, anak saya yang berumur 7 tahun juga ketika berbasikal, semasa kejadian……. kebetulan air ada sedikit sahaja dalam longkang,”ujarnya ketika ditemui semalam.

Katanya, kedua-dua anaknya bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan sahaja.
Namun begitu, beliau menyoal, adakah kerajaan akan mengambil tindakan hanya apabila sudah ada yang terkorban nyawa?

Beliau berkata anaknya terjatuh ke dalam longkang kerana mengelak kenderaan lain yang lalu di jalan sempit itu.

“Projek longkang tu, tudung hanya disiapkan hanya lebih kurang 100 meter sahaja, jalan sempit,bila berselisih dengan kereta, nak mengelak……jatuh dalam longkang,

“takkan kerajaan nak tunggu anak saya atau anak sesiapa ‘mati’ dulu, baru nak ambil tindakan!,”jelas Zakaria.

longkang atas jalan1Beliau turut melahirkan rasa pelik kerana katanya, longkang berkenaan dikorek diatas tengah-tengah jalan berkenaan.
Tindakan membina longkang itu, kataya, menyebabkan jalan yang agak lebar sebelumnya menjadi begitu sempit.

“kalau sebelum ini jalan berkenaan berukuran selebar 4 meter, sekarang sudah menjadi 3 meter sahaja,
disebabkan kerja-kerja bagi menyiapkan longkang berkenaan,

“akhirnya jalan tersebut menjadi sempit……..jika bertembung dua buah kereta terpaksa berhenti salah sebuah kereta, amat bahaya lagi jika ianya berlaku disebelah malam,”ujarnya lagi.

Pihak kami dimaklumkan, sekiranya longkang itu digali luar kawasan jalan, ia akan melibatkan pengambilan tanah penduduk berhampiran.

Justeru, bagi mengelakkan bayaran pampasan tanah, pihak berkenaan sanggup membina ‘longkang atas jalan’ tanpa menghiraukan keselamatan orang ramai.

Ulasan