17 Februari 2014

PAS Akan Tentang Politik Perkauman

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang member jaminan kepada seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua, PAS tidak akan mengikut rentak Umno-BN dan akan menentang politik perkauman.

Beliau mengajak masyarakat pelbagai kaum, supaya jadikansemangat hidup bermasyarakat sebagai satu cara untuk bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain.


“PAS mengajak masyarakat pelbagai kaum, supaya jadikansemangat hidup bermasyarakat sebagai satu cara untuk menyatupadukan kita, walaupun kita berbeza agama, berbeza kaum, tetapi ada perkara yang kita boleh bersatu, yang kita boleh bersetuju.

“Ada kalangan kita yang menjadi peniaga, jadi petani, nelayan dan sebagainya. Jadikan di tempat kerja masing masing ini, semangat tolong menolong antara satu sama lain,”jelasnya.

Presiden PAS melambaikan tangan kepada warga TionghuaBeliau yang juga Ahli Prlimen Marang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Tahun Baru Cina di kampong Tiong Kuala Terengganu pada Sabtu, 15 Februari.

Malangnya kata beliau, Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh UMNO yang telah memerintah selama hampir 60 tahun telah menjadikan perbezaan kaum ini sebagai alat untuk mengekalkan kekuasaan mereka.

Oleh sebab itu, beliau mendedahkan, mengapa isu perkauman telah dihidupkan semula oleh Umno dan BN sejak kebelakangan ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kaum Tionghua di seluruh negara yang telah menambah undi kepada PR pada pilihanraya lalu, yang telah menambah undi Melayu, walaupun turut meningkat, tetapi tidak mencukupi.

IMG_6221Oleh kerana Pakatan Rakyat banyak mendapat kemenangan di kawasan bandar berbanding di kawasan pedalaman, beliau menyeru para peniaga dibandar-bandar menyampaikan maklumat kepada mereka yang tinggal di kampung.

“kerana mereka yang ada di kawasan pedalaman, (kawasan) Felda tidak ada maklumat. Kita hanya mampu buat perubahan di kawasan bandar sahaja.

“Oleh kerana itu, peniaga peniaga yang ada di bandar ini, beri kefahaman kepada mereka. Kita memerlukan sedikit undi lagi. Satu perubahan yang besar akan dapat dilakukan,”saran beliau.

Justeru itu, beliau berkata, PAS memberi jaminan sesungguhnya akan menentang politik perkauman yang cuba dimainkan oleh mana-mana pihak.
Jamuan Makan Malam Sempena Tahun Baru China 2014
“PAS memberi jaminan kepada kaum Tionghua, PAS akan menentang politik perkauman. PAS memberi jaminan. Dan PAS tidak akan terikut dengan politik perkauman BN.
“Elakkan perpecahan yang boleh merugikan kita dan anak-anak kita,”tegas beliau

Tiada ulasan:

Rayuan Bantuan Untuk Mangsa Banjir Baling

"Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menut...